awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu

Mahathir, Mukhriz menang tanpa bertanding Ketua Bahagian Bersatu

Bernama
Bernama
26/01/2020
10:20 MYT
Mahathir, Mukhriz menang tanpa bertanding Ketua Bahagian Bersatu
Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir masing-masing menang tanpa bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Langkawi dan Jerlun. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi selepas diumumkan menang tanpa bertanding jawatan itu.
Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk A. Aziz Mahamod berkata, sesi pencalonan untuk pemilihan parti, hari ini menyaksikan tiada individu lain yang mengemukakan borang untuk mencabar Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu.
A.Aziz juga mengumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Bersatu Jerlun apabila turut tidak dicabar.
"Kita ada 15 bahagian di Kedah dan daripada jumlah itu lima bahagian tidak dicabar (untuk jawatan Ketua Bahagian) iaitu Langkawi, Jerlun, Alor Setar, Pendang dan Kulim manakala bahagian lain wujud saingan yang membabitkan pertembungan dua hingga lima calon.
"Enam bahagian mencatatkan saingan satu lawan satu dan paling menarik ialah di Kubang Pasu menyaksikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dicabar oleh bekas Setiausaha Bersatu Kubang Pasu, Mohd Nasir Jamaludin bagi jawatan Ketua Bahagian Kubang Pasu," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Katanya, pemilihan bagi jawatan Ketua Bahagian Bersatu Merbok pula mencatatkan jumlah calon teramai apabila penyandangnya, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid bakal dicabar empat calon lain.
Sementara itu, A. Aziz berkata, pihaknya berpuas hati dengan proses penamaan calon hari ini yang berlangsung dalam keadaan tenang dan lancar bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang tadi.
"Proses hari ini berjalan dalam keadaan aman dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan saya harap kelancaran ini dapat diteruskan pada proses berkempen nanti yang dijangka memakan masa dua minggu," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Ketua Bahagian Bersatu
#Mahathir Mohamad
#menang tanpa bertanding
#Mukhriz Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.