awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir suruh siasat bukan tuduh sesiapa - Ibrahim Ali

Sathesh Raj
Sathesh Raj
02/04/2015
23:37 MYT
Mahathir suruh siasat bukan tuduh sesiapa - Ibrahim Ali
IBRAHIM ALI: Datuk Seri Najib Razak mempunyai lebih banyak cabaran yang perlu diselesaikan sebagai Perdana Menteri.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali berkata setiap orang tertakluk kepada pandangan dan penilaian mereka sendiri sewaktu mengulas penulisan blog bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
Ibrahim Ali berkata, " Itu pandangan Tun Mahathir" dan terpulang kepada seseoarang itu untuk membuat penilaian.
Dalam pilihanraya ke-14 yang akan datang, "Barisan Nasional will be gone" kalau masyarakat masih dibelenggu masalah, menurut Ibrahim Ali.
Tambah beliau, Datuk Seri Najib Razak mempunyai lebih banyak cabaran yang perlu diselesaikan sebagai Perdana Menteri.
"Terdapat dua perkara yang berbeza--satu, sokongan daripada parti dan kedua, sokongan daripada rakyat.
"Sesebuah parti itu kuat atau tidak semuanya bergantung kepada pemimpin di Malaysia," tambah beliau.
Beliau berpendapat Najib kuat dalam kalangan UMNO tetapi dalam kalangan masyarakat beliau tidak pasti akan sokongan rakyat terhadapanya.
Sementara itu, apabila diminta mengulas tentang isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang juga ditulis oleh Tun Mahathir dalam blognya,beliau berkata, " Mahathir suruh siasat dan bukannya menuduh sesiapa.
"Sesiapa yang mempunyai 'common sense' akan menyokong untuk satu penyiasatan terhadap 1MDB".
Ibrahim Ali ditemui semasa satu sesi sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas satu sesi diskusi tertutup tentang isu 1 MDB anjuran Perkasa.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ibrahim Ali
#IMDB
#Mahathir Mohamed
#Najib Razak
#PERKASA
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan