awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB siasat insiden tikus berkeliaran di klia2

Malik Ridhwan
Malik Ridhwan
30/12/2018
13:08 MYT
MAHB siasat insiden tikus berkeliaran di klia2
MAHB akan menyiasat dakwaan insiden seekor tikus yang dilihat berkeliaran di ruang legar klia2. -Twitter Malik Ridhwan
Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan menyiasat dakwaan insiden seekor tikus yang dilihat berkeliaran di ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).
Menerusi Twitter rasminya, MAHB memohon maaf kepada pengguna atas ketidakselesaan yang dialami.
“Kami telah maklumkan isu ini kepada pihak yang berkenaan untuk rujukan dan siasatan mereka,” kata MAHB.
Hi there, we apologize for the unpleasant incident you experienced at our airport. Please be informed that we have forwarded this issue to the respective division for their review and attention. Thank you.
— Malaysia Airports (@MY_Airports) December 30, 2018
Terdahulu, Astro AWANI menerima video menunjukkan seekor tikus berkeliaran di ruang legar klia2 daripada seorang sumber.
Menerusi rakaman video tersebut, insiden didakwa berlaku di ruang legar balai pelepasan klia2 pada 28 Disember.
Would you expect to see this in an AIRPORT LOUNGE? A is seen lingering around the movie lounge at klia2. @MY_Airports kindly explain this infestation. This will never happen at KLIA. Wonder if klia2 can achieve the same standard. Yet you charge us same PSC pic.twitter.com/5d6kiVBwYp
— Malik Ridhwan (@MalikRidhwan) December 30, 2018
Insiden sebegini bukan kali pertama berlaku di lapangan terbang tersebut. klia2 sebelum ini didakwa berdepan beberapa isu tentang aspek kebersihan di lapangan terbang itu yang dipersoal oleh netizen.
Minggu lalu, tular di laman sosial video dimuat naik Ketua Perhubungan AirAsia, Mohd Aziz Laikar yang menunjukkan sebuah tong sampah dipenuhi ulat di balai berlepas klia2.
@MY_Airports today issued a fancy statement saying KLIA & #klia2 had exceeded the service quality targets of #Mavcoms Quality of Service (QoS) framework. Here is a video of termites at rubbish can located at gate p6 this morning while there was a departure to Perth. pic.twitter.com/8npnZCekhH
— Aziz Laikar (@AzizLaikar) December 21, 2018
Beliau mempersoalkan kenyataan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berbangga dengan pencapaian mereka dalam pengurusan lapangan terbang pada Oktober.
"@MY_Airports hari ini (Isnin) mengeluarkan kenyataan bangga mengatakan KLIA & #klia2 telah melebihi sasaran kualiti perkhidmatan yang ditetapkan oleh Kerangka Kualiti Perkhidmatan (QoS) Mavcom,” tulis Mohd Aziz.
Kenyataan tersebut telah menyebabkan pihak MAHB membuat laporan polis dan Aziz dipanggil untuk memberi keterangan kerana didakwa mencalar imej MAHB.
Walau bagaimanapun, janji temu untuk mengambil keterangan tersebut dibatalkan pada saat akhir.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyelar isu itu dengan mengatakan ia tidak masuk akal dan terlalu dangkal.
"Bukan kali pertama kami dilaporkan kerana bercakap benar, mereka selalu menggunakan budaya pembuli dan mengancam, dan kami tidak akan membiarkannya.
"Sekiranya mereka enggan menjadi telus, ia membuatkan saya tertanya-tanya apa lagi yang mereka cuba sembunyikan?
"Mereka boleh bertindak balas dengan resolusi yang baik ketika laporan itu dibuat, tetapi mereka memilih untuk menjadi defensif dan melakukan serangan," tulis Fernandes lagi.
Beliau menambah bahawa AirAsia tidak akan tunduk lagi dan kebenaran akan sentiasa ditunjukkan.
Syarikat penerbangan itu mempunyai hubungan tegang dengan MAHB sebelum ini.
AirAsia telah membuat aduan berulang kali mengenai kelemahan penyelenggaraan lapangan terbang oleh pihak MAHB.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#KLIA2
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#Mohd Aziz Laikar
#ruang legar
#tikus
#Tony Fernandes
#ulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan