Bekas menteri pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, hari ini.

Mahdzir hadir di pejabat SPRM pada pukul 10 pagi dan keluar kira-kira 8 jam kemudian.

Mahdzir dipanggil untuk dirakam percakapan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan projek bersepadu sistem solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan penyelenggaraan dan operasi genset diesel bagi sekolah di Sarawak.

Mahdzir sebelum pernah dipanggil SPRM bagi memberi keterangan selama lima jam berhubung kes sama.

Sebelum itu, pada 9 Julai, bekas pegawai khas kepada Najib ditahan SPRM sebelum direman enam hari bagi membantu siasatan berkaitan kes sama.