Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar petang ini penghujahan secara lisan mengenai tindakan undang-undang oleh bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mencabar pelantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri yang baharu pada 12 Mei.
Peguam Datuk Douglas Lind yang mewakili Mohd Shafie berkata kesemua pihak sebelum ini telah memfailkan penghujahan bertulis kepada mahkamah dan hari ini ditetapkan bagi pendengaran penghujahan secara lisan.
Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Yew Jen Kie.
Pada 24 Ogos lepas, Yew menolak permohonan Mohd Shafie untuk membatalkan saman pemula yang difailkan Musa selepas memutuskan Musa selaku plaintif telah mengemukakan persoalan mengenai undang-undang yang menyebabkan saman pemula itu tidak sesuai untuk dibatalkan.
Beliau mengarahkan semua pihak memfailkan penghujahan bertulis sebelum beliau membuat keputusan.
Pada 5 Jun lalu, Mohd Shafie mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman Musa atas alasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu tidak mempunyai alasan munasabah untuk mencabar pelantikannya sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei.
Saman pemula tidak memerlukan kes dibicarakan dan peguam dari kedua-dua pihak akan memfailkan penghujahan bertulis dan afidavit untuk mengukuhkan kes mereka manakala bagi writ saman, perbicaraan perlu dijalankan dengan memanggil saksi untuk memberi keterangan.
Pada mulanya, Musa telah memfailkan saman pada 17 Mei, tetapi kemudian membatalkannya dan pada Jun, beliau memfailkan saman pemula memohon pengisytiharan mahkamah, antara lain bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah, yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Dalam saman pemula itu, Musa menamakan Juhar selaku defendan pertama manakala penggantinya Mohd Shafie selaku defendan kedua dan menuntut pengisytiharan bahawa pelantikan Mohd Shafie pada 12 Mei adalah tidak sah.
Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu selepas memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 tetapi hilang majoriti apabila beberapa wakil rakyat daripada partinya (UMNO) dan parti komponen Barisan Nasional (UPKO) menyertai Parti Warisan Sabah yang diketuai Mohd Shafie.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 25 2018
Musa (kanan) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei lalu selepas memperoleh majoriti mudah dalam PRU14 tetapi hilang majoriti apabila beberapa wakil rakyat BN menyertai Parti Warisan Sabah yang diketuai Mohd Shafie (kiri).
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).