Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali Datuk Seri Vida mendapatkan sementara pasportnya untuk urusan ke luar negara termasuk menunaikan umrah.
Hakim Murtazadi Amran bagaimanapun mengarahkan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Feb.
Dalam prosiding sebutan semula kes jutawan kosmetik itu yang menghadapi pertuduhan gagal membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) hari ini, peguam yang mewakili Vida, Khairilazwar Khalil ketika mengemukakan permohonan itu memaklumkan anak guamnya akan ke Bangkok, Thailand pada 3 Jan; Guangzhou, China pada 16 hingga 22 Jan serta menunaikan umrah pada 26 Jan hingga 3 Feb.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 9 dan 10 Mac depan untuk tarikh perbicaraan bagi 16 pertuduhan gagal membayar GST berjumlah kira-kira RM4.2 juta selepas Vida mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Jutawan kosmetik itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Bahagian GST, Wisma Kastam, No 1 Jalan Tun Razak di sini sejak April 2015 hingga Julai 2016.
Semasa dihadapkan ke mahkamah pada 13 Okt lalu, Vida mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Seksyen 41 (7) Akta GST 2014 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain Khairilazwar, Vida turut diwakili peguam Ahmad Syed Abas manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran dan Farah Ezlin Yusop Khan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 30 2016
Hakim Murtazadi Amran bagaimanapun mengarahkan pemilik dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd itu menyerahkan kembali pasportnya kepada mahkamah selewat-lewatnya 6 Feb. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."
'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.
Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.
Big Stage 2022: Tiada penyingkiran, semua peserta mara ke minggu seterusnya
Ketiga-tiga peserta itu berada di tangga tiga terbawah apabila mendapat markah paling rendah berdasarkan persembahan mereka untuk minggu ini.
Rindu DSV tak? Ini jawapan Iqbal: "Semestinya tidak mudah untuk ..."
"Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama..."
'Saya tak boleh bau, tapi...' - Cik B positif COVID-19
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Cik B menerusi sebuah video di akaun Instagramnya malam tadi.