Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan bulan depan untuk mendengar permohonan perintah interim seorang wanita yang mendakwa isteri kepada bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.
Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu selain memohon mahkamah mengeluarkan perintah bayaran nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan.
Peguam R.S.N Rayer dan Ramesh Sivakumar yang mewakili Meeriam memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hashim Hamzah.
Menurut Rayer, hakim menetapkan 17 Jan depan kerana prosiding saman oleh Datuk Seri S. Vell Paari terhadap ayahnya yang juga bekas Menteri Kerja Raya akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Dis ini.
Pada 2 Dis lalu, Vell Paari memfailkan saman terhadap bapanya untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya siasatan dilakukan bagi menentukan sama ada bekas Presiden MIC itu mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya untuk menguruskan diri serta hal ehwalnya.
Sementara itu, Ramesh berkata Meeriam dan Samy Vellu telah berkahwin secara adat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1981.
Katanya perkahwinan itu adalah sah mengikut undang-undang kerana ia berlangsung sebelum tahun 1982 yang mewajibkan semua perkahwinan bagi bukan Islam didaftarkan.
Dalam pada itu, Meeriam berkata beliau menuntut bayaran nafkah RM25,000 setiap bulan untuk keperluan diri selain perlu membiayai bayaran gaji pembantu rumah serta kos penyelenggaraan kediaman yang dihadiahkan Samy Vellu kepadanya.
Beliau juga memaklumkan kali terakhir berjumpa dengan Samy Vellu adalah enam bulan lepas di Kuala Lumpur dan mendakwa bekas Presiden MIC tersebut berada dalam keadaan baik termasuk dari segi mental.
"Saya berjumpa dengannya kira-kira sejam dan dia menasihati saya supaya jangan risau, jangan datang ke Kuala Lumpur, dia (Samy Vellu) yang akan datang ke Ipoh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 12 2019
Meeriam Rosaline Edward Paul, 59, (depan, tengah) memfailkan permohonan interim di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Mac lalu bagi mendapatkan akses tanpa syarat ke atas Samy Vellu. - Foto Bernama
Mayat lelaki Australia diemui di kondominium Ampang
Mayat mangsa ditemukan selepas aduan bau busuk dibuat oleh penduduk komdominium berkenaan.
Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB
PBB tidak boleh merancang operasi bantuan Gaza lebih awal kerana keadaan yang disifatkan sebagai tidak menentu.
Jiwa SME: Digitalisasi lonjakkan perniagaan Ahmad Foo pasca pandemik
Pengalaman menghadapi PKP memaksa Ahmad Fuad, pengasas restoran Ahad Foo-Halal Chinese Foodstyle, mengadaptasi menu untuk menarik lebih ramai pelanggan, sambil menekankan kepentingan adaptasi digital dalam era ekonomi yang mencabar.
75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru
Hujan lebat menyebabkan kerosakan di bandar selatan Peru, Alca berikutan kejadian tanah runtuh melibatkan jalan raya, rumah, sekolah dan hospital pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Polis rakam keterangan KK Super Mart minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera
Amerika Syarikat menunggu maklumat lanjut daripada Israel berkenaan penahanan wartawan Al Jazeera di Gaza.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
AS, Jepun bantah pembangunan senjata nuklear angkasa Rusia
Amerika Syarikat dan Jepun pada Isnin mencadangkan keperluan sebuah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menekankan bahawa negara-negara harus mematuhi perjanjian yang melarang meletakkan senjata nuklear di angkasa.
Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Rusia itu kerana, republik itu sedang giat membangunkan senjata nuklear anti-satelit berasaskan angkasa lepas
Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Rusia itu kerana, republik itu sedang giat membangunkan senjata nuklear anti-satelit berasaskan angkasa lepas
AS sahkan terima laporan berkaitan penahanan wartawan
Amerika Syarikat menunggu maklumat lanjut daripada Israel berkenaan penahanan wartawan Al Jazeera di Gaza.
Ramadan: Program PKNS bersama gelandangan pupuk persaudaraan
Program itu bertujuan memupuk semangat persaudaraan dan kepedulian masyarakat.
Mengenang Samy Vellu: Negara kehilangan seorang pemimpin hebat - PM
Samy Vellu sebelum ini berjaya menyatukan masyarakat India di Malaysia, selain memperjuangkan nasib kaum itu, kata Ismail Sabri.
Mahkamah tangguh dengar permohonan interim wanita dakwa isteri Samy Vellu
Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan bulan depan untuk mendengar permohonan perintah interim seorang wanita yang mendakwa isteri kepada bekas Presiden MIC, Tun S. Samy Vellu.