awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah tolak permohonan reman Siti Kassim

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2018
05:47 MYT
Mahkamah tolak permohonan reman Siti Kassim
Mahkamah Majistret Kajang hari ini menolak permohonan reman terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim. -Gambar fail
Mahkamah Majistret Kajang hari ini menolak permohonan reman terhadap peguam aktivis, Siti Zabedah Kassim atau Siti Kassim.
Susulan keputusan itu, Siti yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Kajang awal hari ini dijangka dibebaskan dalam masa terdekat.
Terdahulu, polis menahan peguam itu di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 186 kanun sama iaitu menghalang tugas penjawat awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata penahanan dibuat susulan laporan oleh seorang wanita.
Laporan itu mendakwa anaknya yang berusia 24 tahun dilarikan oleh Siti sewaktu menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang.
Selain itu, satu lagi laporan berasingan turut dibuat oleh anggota polis berhubung kekecohan yang berlaku di hospital tersebut susulan insiden itu.
Fadzil mengesahkan polis berjaya mengesan gadis tersebut di sebuah kondominium di Segambut kira-kira jam 9 malam Sabtu.
Gadis itu kemudian dihantar semula ke Hospital Kajang untuk meneruskan prosedur pemeriksaan.
Topic Berkaitan
#Fadzil Ahmat
#Hospital
#Ibu Pejabat Polis Kajang
#Mahkamah Majistret
#Seksyen 186
#Seksyen 363 Kanun Keseksaan
#Siti Kassim
#Siti Zabedah Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan