Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) menggesa kerajaan melihat secara serius isu peniaga asing di karnival jualan dalam negara yang dilihat menjejaskan peniaga tempatan.
Presidennya Datuk N. Gobalakrishnan berkata isu yang telah berlanjutan sejak 10 tahun lalu itu berleluasa tanpa sebarang tindakan.
"Kita bukan menentang mereka, namun apa yang menjadi persoalan ialah status peniaga itu sendiri. Kami maklum bahawa mana-mana peniaga yang menjalankan perniagaan dalam negara perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai lesen premis perniagaan dan membayar cukai import dan sebagainya seperti kami.
"Namun peniaga asing dari India, Pakistan dan Bangladesh ini pula menyertai karnival sebegini tanpa melalui proses pelesenan dan pembayaran cukai yang tinggi. Ini jelas tidak adil kepada peniaga tempatan yang telah bertapak dalam negara sejak sekian lama," katanya pada sidang media di pejabat MAICCI di sini, pada Jumaat.
Gobalakrishnan dipercayai merujuk kepada Karnival Global Indian Festival anjuran Agenda Suria Communication Sdn Bhd yang sedang berlangsung di Pusat Pameran Mid Valley dan karnival lain di seluruh negara yang diadakan menjelang Deepavali.
Karnival itu dilihat mendapat penyertaan tinggi daripada peniaga asing dengan tawaran harga barang jauh lebih murah memandangkan mereka adalah peniaga secara borong.
Gobalakrishnan berkata pihaknya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara itu.
"Kami juga akan menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
"Memorandum itu antara lain akan menyentuh mengenai status kemasukan peniaga asing itu, pembayaran cukai dan barang-barang luar negara yang dibawa masuk," katanya.
Menurut peraturan sedia ada, Gobalakrishan berkata peniaga asing (yang tidak berdaftar dengan negara dilawati) hanya boleh mempamerkan barang-barang dan bukan untuk jualan, seterusnya mereka (peniaga asing) mencari usahawan tempatan menerusi pemadanan perniagaan.
"Inilah isu yang menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan peniaga. Usaha MAICCI ini bukan sahaja untuk melindungi peniaga India tempatan malah peniaga Melayu dan Cina yang turut terjejas menerusi kemasukan peniaga 'haram' ini... diharap tindakan sewajarnya diambil kerajaan untuk membendung masalah ini bagi menjaga kebajikan peniaga tempatan yang mengikut prosedur undang-undang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2019
Menurut peraturan sedia ada, Gobalakrishan berkata, peniaga asing yang tidak berdaftar dengan negara dilawati hanya boleh mempamerkan barang-barang dan bukan untuk jualan. - Gambar hiasan
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar dorong pembangunan ekonomi Bangladesh
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.