Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sedia bekerjasama dengan majlis agama Islam di seluruh negara, bagi memperluaskan program 'Jom Celik al-Quran' dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca al-Quran.
Pengerusinya Datuk Seri Syed Hussien Alhabshee berkata, program yang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan itu, mampu menjadi pencetus idea kepada majlis agama di negeri lain, termasuk Sabah dan Sarawak untuk menganjurkan program berbentuk dakwah dan al-Quran, lebih-lebih lagi ramai masyarakat yang ingin mendalami kitab suci itu.
"Kita mahu jadi pencetus program sebegini dalam Malaysia, seperti yang saya katakan, setelah diuar-uarkan program ini di televisyen dan radio, kita dapat respons bertalu-talu, ramai yang berhajat nak baca al-Quran, kita tidak akan tolak.
"Bagi peminat dari negeri lain yang ingin turut serta, kita ada 15 majlis agama Islam di seluruh negara, jadi kenapa tidak, kita sedia bekerjasama dan menggunakan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ) sebagai platform mengajar dan mendidik," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu beliau berkata, MAIWP turut menyasarkan 575 peserta akan menyertai program dengan slogan 'Dari Buta ke Celik al-Quran' itu, di semua lapan zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, melibatkan 350 bagi kelas ibtida'i, 125 peserta kelas Tahsin al-Quran dan 100 lagi bagi kursus latihan tenaga pengajar (TOT).
"Kita akan mulakan program ini pada 18 Julai hingga 20 Sept ini dan peserta terdiri daripada golongan asnaf, saudara baharu, dan juga orang awam di beberapa lokasi," katanya dan menambah, bahawa program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Selain itu beliau berkata, bagi golongan asnaf tiada yuran dikenakan, manakala untuk golongan berpendapatan rendah (B40) dikenakan yuran serendah RM30, sementara bagi mereka yang berkemampuan, kadar yuran adalah RM300, sebagai komitmen hadir mengikuti kelas pengajian.
Beliau berkata, memandangkan negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, sebahagian kelas akan dilakukan secara dalam talian, manakala ada akan dilakukan secara bersemuka dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sementara itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada golongan selebriti yang turut serta dalam program itu kerana menyedari peranan mereka adalah penting dalam mempengaruhi dan mendidik masyarakat membaca al-Quran.
"Mereka merupakan ikon yang mana pada zaman teknologi ini, mereka mempunyai pengikut yang ramai di media sosial seperti Instagram, Facebook dan sebagainya, jadi diharapkan supaya usaha murni dalam menggalakkan pengajian al-Quran ini akan menjadi ikutan dan amalan seluruh masyarakat Islam," katanya.
Dalam pada itu, Syed Hussien turut mengumumkan pelantikan ikon selebriti dan juga mualaf Adam Corrie Abdullah sebagai duta MAIWP atas sumbangannya dalam bidang dakwah.
Adam Corrie ketika ditemui selepas itu mengakui ia satu amanah yang besar untuk dipikul, namun akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh, terutama bagi membantu masyarakat dalam perkara kebaikan selain cintakan kepada al-Quran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 14 2020
Ikon-ikon 'Jom Celik Al-Quran' (dari kiri) Heliza Helmi, Hazwani Afiqah, Zila Bakarin, Nisdawati, Adam Corrie dan Ustaz Rushdi Al-Jauhari pada majlis pelancaran program di Bangunan Perkim, Kuala Lumpur, 13 Julai, 2020. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
MAIWP sedia perluas program 'Jom Celik al-Quran'
Program yang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan itu mampu menjadi pencetus idea kepada majlis agama di negeri lain untuk menganjurkan program berbentuk dakwah dan al-Quran.