Benarkah majikan di Malaysia lambat berubah mengikut zaman? Atau adakah pekerja Gen Y yang terlebih manja?
Ramai berkata, pendekatan yang diambil oleh syarikat seperti Google and Facebook perlu diamalkan oleh majikan di Malaysia, memandangkan semakin ramai pekerja kini terdiri dari golongan Gen Y.
Sempena Hari Pekerja 2016, Astro AWANI bertanya kepada pekerja Gen Y, apa yang mereka mahukan dari majikan?
1. Waktu bekerja lebih fleksibel
Nursabiha Fadillah, 26, berkata keperluan untuk masuk dan keluar dari tempat kerja pada waktu tetap adalah sistem lama yang sudah tidak relevan.
“Asalkan cukup 8 jam bekerja, datanglah pukul berapa pun.
“Kalau dalam sehari saya diberi beberapa tugasan, selagi saya boleh selesaikan semua tugasan itu, apa yang saya nak ialah dibenarkan masuk dan keluar pejabat jam berapa pun,” katanya.
2. Hubungan lebih kasual dengan bos
Nik Ezzah Syukriah Sukri, 27, berkata hubungan bos dengan pekerja yang sangat formal tidak begitu sihat.
“Apa yang saya mahu daripada majikan saya adalah fleksibiliti dari segi komunikasi, komunikasi secara lebih kasual.
“Kami Gen Y ini mungkin ada stigma takut dengan bos, disebabkan sifat garang dan sebagainya. Itu kadangkala akan mengehadkan saya untuk tonjolkan diri saya,” katanya.
3. Ambil kira pendapat golongan muda
Bagi Nur Sakilah Ismail, 27, berkata pendapat golongan muda kadangkala diperkecilkan oleh pengurusan yang kebanyakannya sudah berumur dan berpengalaman.
“Sekarang ini, (jenis) bos yang suka bertanya kepada pekerja sudah berkurangan, mereka tidak tanya pendapat dan idea pekerja muda mereka.
“Bila bos buat begitu, Gen Y akan lebih menghargai bos mereka dan mereka akan lebih bersemangat untuk lakukan kerja yang diberikan, mereka tidak akan berkira masa dan tenaga mereka,” kata Sakilah.
4. Kurangkan birokrasi
“Gen X lebih bertumpu kepada prosedur, apa-apa kerja yang mereka lakukan mereka kaitkan dengan prosedur dan perundangan. Gen Y, kami lebih fleksibel,” kata Mohd Ridzuan Hassan, 29.
Katanya, struktur pentadbiran banyak syarikat tempatan adalah sistem lama.
“Ya, kita memang kena ikut prosedur di tempat kerja, tetapi kalau terlalu banyak birokrasi, kerja yang perlu dilakukan akan tertangguh lebih lama,” katanya.
5. Sediakan infrastruktur untuk hilangkan stres
Nursabiha Fadillah turut menekankan pentingnya menyediakan infrastruktur menarik untuk kakitangan.
“Bila stres, boleh pergi ke play room atau bilik rekreasi. Boleh diletakkan meja pool, bilik karaoke, Playstation juga.
Nursabiha berkata, syarikatnya sudahpun menyediakan kemudahan sebegini untuk pekerja.
“Saya nampak ini bukan saja menarik Gen Y, semua golongan menikmatinya di pejabat saya,” katanya.
Adakah penting untuk majikan berubah mengikut zaman?
Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia berhad (HRDF) Datuk C.M. Vignaesvaran berkata, majikan mungkin kehilangan pekerja berkualiti jika gagal berkembang mengikut zaman dengan cukup pantas.
Katanya, pihak Sumber Manusia kini berdepan cabaran untuk memperbaharui polisi syarikat bagi memenuhi keutamaan generasi baharu.
“Sekarang, pasaran pekerjaan sangat berorientasikan pekerja.
“Jika majikan tidak modenkan diri dan tidak menyediakan diri untuk tenaga kerja berkualiti, mereka tidak akan kekal dengan anda,” katanya.
Vignaesvaran ketika ditanya, bersetuju bahawa kebanyakan syarikat Malaysia masih mengamalkan sistem yang ketinggalan zaman.
“Mungkin kepimpinan syarikat masih mengguna pakai sistem lama kerana mereka takut untuk bawa cadangan perubahan kepada bos mereka.
“Ini kerana bos mereka kebanyakannya datang dari Gen X atau pun baby boomers, jadi ia sukar bagi mereka untuk meyakinkan bos mereka untuk melakukan perubahan,” tambahnya.
Vignaesvaran menyeru semua anggota kepimpinan syarikat untuk meninjau semula kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya mereka membuat perubahan untuk menyesuaikan diri dengan pekerja muda.
Apa kata majikan?
Sementara itu menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan, majikan sukar memberi lebih kelonggaran kepada pekerja Gen Y kerana khuatir produktiviti akan terjejas.
Shamsuddin memetik contoh pemberian waktu kerja yang fleksibel.
“Ada banyak laporan mengatakan bahawa lebih dari separuh hari setiap hari, pekerja bukan habiskan masa mereka dengan melakukan kerja-kerja syarikat, sebaliknya mereka melakukan kerja lain yang tiada hubung kait dengan syarikat.
“Ini apabila mereka berada di syarikat. Jadi majikan sekarang khuatir kalau mereka tiada di syarikat, mungkin mereka akan lakukan kerja syarikat 10 peratus saja dalam sehari,” katanya.
Walaupun bersetuju majikan perlu berubah mengikut arus pemikian baru, Shamsuddin menegaskan kedua-dua pihak perlu memainkan peranan dalam memastikan peralihan ini berlaku.
“Pekerja juga harus mainkan peranan dan tunjukkan bahawa mereka boleh dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi.
Shamsuddin berkata beliau yakin setelah isu kepercayaan ini diatasi, majikan tempatan akan lebih bertolak ansur dalam memenuhi semua permintaan pekerja muda mereka.
Luqman Hariz
Mon May 02 2016
CEO HRDF Datuk C.M. Vignaesvaran berkata, majikan perlu berkembang mengikut zaman jika mahu kekalkan pekerja berkualiti. - Foto Astro AWANI
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Pemesejan politik menerusi media sosial semakin signifikan
Penggunaan media sosial tidak menembusi sepenuhnya pengundi di seluruh negara, tetapi ia telah berkembang dengan ketara memandangkan pihak kerajaan dan pembangkang sama-sama memahami kuasanya.