awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
30 penumpang selamat, bas ekspres bertembung lori treler di Rompin
"Cukuplah hanya ada satu kes 1MDB dalam sejarah negara kita" - Rafizi
Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majikan perlu titik berat kesihatan mental pekerja - Tony Fernandes

Dania Zainuddin, Hasimi Muhamad
Dania Zainuddin, Hasimi Muhamad
11/12/2019
08:48 MYT
Majikan perlu titik berat kesihatan mental pekerja - Tony Fernandes
Menurut Tony, pada masa ini, tekanan kerja dan persaingan adalah lebih tinggi dan pemimpin syarikat perlu memainkan peranan dalam mendepani isu tersebut. - Gambar fail
Kesihatan mental dalam kalangan pekerja perlu dititikberatkan oleh majikan supaya produktiviti dapat ditingkatkan serta memberi peluang mewujudkan persekitaran pekerjaan yang positif.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata, pada masa ini, tekanan kerja dan persaingan adalah lebih tinggi dan pemimpin syarikat perlu memainkan peranan dalam mendepani isu tersebut.
Menurut beliau, masalah mental adalah isu yang tidak disuarakan secara terbuka dan ia menjadi semakin membimbangkan.
“Ayah saya seorang doktor, dia balik rumah pada waktu makan tengah hari, tidur dan pergi kerja.
“Jadi, tekanan kerja telah mengubah secara mendadak dan tekanan untuk berjaya, memberikan banyak tekanan kepada orang muda, bahkan di Asia, kita menjadikan masalah mental sebagai isu besar,” katanya.
Tony berkata demikian pada hari kedua sesi plenari program Kepemimpinan Yayasan Obama: Asia Pasifik 2019 yang bertajuk Keusahawanan: Bekerja dengan Tujuan, pada Rabu.
Tambah Tony, semua syarikat sepatutnya menghebahkan kesedaran mengenai masalah kesihatan mental kepada pekerja mereka.
“Di syarikat kami, kami membenarkan kakitangan kami mempunyai akses (maklumat berkenaan kesihatan mental) dan ia adalah penting untuk semua syarikat memilikinya kerana di AirAsia, kami tidak melihat masalah mental sebagai pantang larang (masalah besar) sekiranya ada kakitangan kami yang menghadapi masalah kesihatan mental,” katanya.
Dalam pada itu, pemilik syarikat penerbangan tambah rendah itu turut berkongsi rahsia kejayaan di sebalik 26 tahun penubuhan syarikat penerbangan terkemuka negara itu.
Katanya, pemimpin muda dinasihatkan agar sentiasa bersikap rendah diri, selain mengamalkan prinsip telus dan amanah.
“Ia bukan tentang anda. Jadi, ketika mereka muda dan suatu hari mereka ditakdirkan berjaya, adalah sangat penting agar mereka tidak lupa nilai-nilai utama iaitu sentiasa bersikap baik dan merendah diri, selain bersikap ramah kepada semua orang.
"Sebab itu kami tidak ada kesatuan dan sebab itu juga lebih 29,000 kakitangan kami gembira bekerja dengan kami kerana mereka tahu semuanya," katanya.
Progam julung kali ini dihadiri 200 pemimpin belia dari 33 negara dan wilayah di rantau Asia Pasifik.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Barack Obama
#kesihatan
#penerbangan
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan