awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Majistret berusia 38 tahun dituduh terima suapan RM295,000

Astro Awani
Astro Awani
12/12/2019
04:47 MYT
Majistret berusia 38 tahun dituduh terima suapan RM295,000
Kes membabitkan pengamal undang-undang menunjukkan betapa seriusnya kes rasuah dalam kalangan penjawat awam - Foto Astro AWANI
Seorang Majistret di Mahkamah Sesyen dan Majistret Raub telah dituduh melakukan rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kuantan.
Tertuduh, Mohamad Amin Shahul Hamid didakwa melakukan lapan kesalahan membabitkan nilai suapan berjumlah RM295,000.
Mengikut kertas pertuduhan, Majistret berusia 38 tahun itu didakwa telah secara rasuah meminta dan memperoleh suapan wang berjumlah RM295,000 untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap kesalahan kerana didapati menyimpan dan menjual rokok seludup.
Bagaimanapun, hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib membenarkan jaminan RM25,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada pihak mahkamah.
Kes akan disebut semula pada 15 Januari depan.
Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu, kes rasuah dalam kalangan penjawat awam ketika ini amat serius.
Katanya, ia bukan sahaja membabitkan pegawai kerajaan biasa, tetapi juga mula menjangkiti pengamal undang-undang.
Topic Berkaitan
#Majistret Rasuah
#Majistret Raub
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan