Orang ramai dan pengguna jalan raya di Jalan Imbi, Bukit Bintang gempar pagi tadi apabila seorang lelaki dipercayai 'mak nyah' berjalan melakukan tarian seperti model dalam keadaan bogel.

Insiden itu sempat dirakamkan oleh netizen yang melihat aksi individu tersebut.

Individu berkenaan tanpa segan silu melakukan aksi seperti sedang berjalan di atas karpet merah persis model yang sedang berjalan dalam pertunjukkan.

Malah, menerusi gambar yang dikongsikan netizen, individu yang dipercayai warga Filipina turut bertindak berani memanjat kereta pengguna jalan raya tanpa rasa bersalah.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11 pagi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superitendan Rudy Abdullah,pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh orang ramai.

Beliau mengesahkan bahawa 'mak nyah' berkenaan dikatakan kurang siuman dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan dan rawatan.

Video kejadian turut tular di laman sosial sejak tengah hari tadi.