Umpama peluang kedua.
Itu anggapan ibu bekas anggota Unit Tindakan Khas, Koperal Sirul Azhar Umar apabila kerajaan menyatakan kesediaan membuka semula kes kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang berlaku 12 tahun lalu.
Piah Samat, 76 tahun, berkata, perkembangan terbaharu itu mungkin dapat merealisasikan impiannya melihat anak yang dirindui pulang dan menjejakkan kaki semula ke bumi Malaysia.
Menurutnya, sejak ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Brisbane, Australia, tiga tahun lalu, Sirul Azhar tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering menelefonnya bagi bertanya khabar.
“Setiap hari makcik bayangkan dia ada di depan mata, tapi makcik tahu hakikat anak makcik tak lagi dibenarkan balik ke Malaysia. Dia juga rindukan makcik, setiap kali kami berhubung dia pasti akan bertanyakan kesihatan makcik, makcik makan apa.
“Makcik harap sangat kerajaan sekarang boleh bawa dia balik,” katanya sambil menitiskan air mata.
BACA: Sirul sedia dedah perkara sebenar pembunuhan Altantuya
BACA: Polis akan bincang dalam tentukan pembukaan semula kes Altantuya
Piah yang ditemui di rumahnya berkata, meskipun keadaan kesihatannya kurang baik, tidak bermakna dia tidak mengikuti perkembangan kes anaknya itu.
Katanya, dia juga maklum akan syarat pengampunan penuh Yang di-Pertuan Agong yang dipohon anaknya itu.
“Makcik amat berharap perkara tersebut boleh menjadi kenyataan dan kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan permintaannya itu,” katanya.
Sirul Azhar yang didakwa atas pertuduhan membunuh antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang kini berada dalam tahanan Imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015.
Pada 19 Mei lalu, beliau menyatakan sedia membantu kerajaan Pakatan Harapan untuk mendedahkan apa sebenarnya berlaku berkaitan kematian wanita kelahiran Ulan Bator dengan syarat dia diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baru Malaysia.
Tanpa pengampunan itu, dia tidak boleh dilepaskan dan pulang ke Malaysia.
Piah berkata, sepanjang tiga tahun ini, dia berkesempatan bertemu anaknya itu, dua kali.
“Makcik bersyukur dan gembira dengan keadaan dia di sana, dia baik-baik saja, tapi lebih baik kalau dia selalu ada depan mata,” katanya.
Sinar Harian
Wed May 23 2018
Sirul Azhar yang didakwa atas pertuduhan membunuh antara jam 10 malam, 19 Oktober dan jam 1 pagi, 20 Oktober 2006 di Bukit Raja, Klang kini berada dalam tahanan Imigresen di Brisbane sejak 20 Januari 2015. - Gambar fail
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.
Sirul mohon maaf kepada keluarga Altantuya, rayu tinggal di Australia
Sirul dakwa bahaya menantinya jika kembali ke tanah air dan mengaku terima RM1 juta daripada sumber yang tidak dinamakan.
Keputusan bawa pulang Sirul Azhar akan dibincang - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Sirul Azhar dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, semalam.
Sirul Azhar bebas tahanan imigresen Australia
Sirul Azhar telah meringkuk dalam tahanan imigresen di Australia sejak tuntutannya untuk suaka di negara itu ditolak pada 2019.
Keluarga Altantuya rayu naikkan ganti rugi RM5 juta
Dalam notis rayuan yang difailkan pada 16 Jan tahun ini, keluarga Altantuya membuat rayuan balas terhadap sebahagian daripada keputusan Mahkamah Tinggi berhubung kuantum ganti rugi.
Kes saman Altantuya: Kerajaan, Razak Baginda fail rayuan
Kerajaan memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan Isnin lepas manakala Abdul Razak pada Selasa lalu.