Seorang buruh asing akhirnya 'mendapat' apabila ditahan selepas tindakannya memaki polis ketika sekatan jalan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Batu Tujuh, Jalan Tuaran, di sini, petang Isnin.
Lelaki yang berusia 33 tahun dan pemegang dokumen IMM13 itu dikenal pasti tidak mempunyai lesen memandu dan tiba-tiba berang apabila diarahkan memberhentikan kenderaan dalam sekatan jalan terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, suspek bersama seorang lagi rakan lelakinya sedang menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback dari arah Manggatal ke Kota Kinabalu.
"Setibanya di Jalan Batu Tujuh, kereta suspek ditahan atas tujuan pemeriksaan PKP dan Op COVID-19.
"Ketika diperiksa, pemandu itu tidak memiliki lesen memandu menyebabkan anggota bertugas mengeluarkan saman.
"Suspek, kemudiannya keluar kereta lalu mempertikaikan tindakan polis dengan suara yang tinggi namun anggota polis menerangkan kesalahannya dengan baik serta mengikut prosuder," katanya.
Beliau berkata, susulan itu, suspek bertambah berang lalu meluru ke arah anggota polis bertugas dan mengeluarkan kata-kata kesat.
"Suspek turut dipercayai bertindak dengan agresif apabila tiba-tiba menumbuk bonetnya dengan kuat.
"Bagi mengawal keadaan, anggota kita yang berada di lokasi kemudiannya menahan suspek dan merampas kereta dipandunya," katanya.
Jelas Habibi, suspek kemudiannya ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas pejawat awam.
Tambah beliau, rakan suspek yang menumpang kenderaan itu dilepaskan polis dan kes tangkapan terbabit merupakan kejadian pertama melibatkan penahanan individu ketika PKP dan OP COVID-19 di Kota Kinabalu.
Ruzaini Zulkepli
Tue Mar 24 2020
Lelaki itu berang lalu meluru ke arah anggota polis bertugas dan mengeluarkan kata-kata kesat. - PDRM
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ladang sawit: Terokai automasi, kurang bergantung buruh asing - Zuraida
Penggunaan automasi di peringkat ladang akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor tersebut.
FGV terap langkah cari pekerja yang beretika selepas sempadan dibuka
Ini terkait dengan jangkaan keputusan kerajaan untuk membuka semula sempadan Malaysia kepada pengambilan pendatang baharu sebagai buruh.
Maki polis, buruh asing ditahan dalam sekatan PKP
Lelaki yang tidak mempunyai lesen memandu dan tiba-tiba berang apabila diarahkan memberhentikan kenderaan.
Buruh asing di Malaysia ditindas?
Rumah yang hanya beratapkan kanvas dan diselubungi bau yang tidak menyenangkan menjadi lumrah kehidupan buruh asing yang mencari sesuap nasi di bumi Malaysia ini.
Buruh asing lintas jalan secara berbahaya, maut dirempuh
Mangsa dikenali sebagai Sukarno Pulalon, 35 tahun, yang bekerja sebagai buruh binaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Wujudkan rangka kerja holistik buruh asing - Penolong Gabenor BNM
Rangka kerja yang holistik dan komprehensif bagi buruh asing perlu diwujudkan untuk menambah baik produktiviti buruh tempatan selain menyelesaikan masalah upah di negara ini.
Buruh asing maut, empat cedera dihempap besi konkrit
Ketua Pusat Gerakan Operasi, JBPM Selangor, Mohd Nurizwan Basri berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.28 pagi tadi.
Lans Koperal terima rasuah ditahan SPRM
Seorang anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Pagoh ditahan oleh SPRM Johor Cawangan Batu Pahat kerana menerima wang rasuah.