awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Makmal perubatan alami kekurangan bekalan bahan uji COVID-19

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
09/04/2020
11:19 MYT
Makmal perubatan alami kekurangan bekalan bahan uji COVID-19
Seorang pekerja di makmal HUKM sedang membuat ujian saringan. - Foto HUKM
Kekurangan kit ujian bagi mengesan wabak COVID-19 adalah antara cabaran utama sesebuah makmal perubatan ketika negara berdepan dengan pandemik itu.
Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Hanafiah Harunarashid mengakui bahawa pihaknya sukar untuk melakukan ujian pengesanan terhadap pesakit kerana bekalan bahan itu yang tidak mencukupi dalam negara.
“Kami ada makmal yang terbaik tetapi salah satu masalah besar bagi pihak kami ialah untuk mendapatkan bahan uji COVID-19.
“Bahan uji itu sendiri adalah sangat penting, buat masa ini kita tidak menghasilkannya di dalam negara. Kesemua alat pengesanan itu diimport dari negara-negara luar terutamanya dari negara Korea Selatan.
“Jadi, kami sangat memerlukannya. Ini adalah masalah yang dihadapi ketika ini, kebanyakan bahan uji tersebut dihantar kepada negara di sekitar Eropah dan di Amerika Syarikat.
“Kerana di sana mereka menerima kes positif yang sangat banyak. Ini bermakna, sangat sukar untuk kami mendapatkan bahan uji tersebut bagi menjalani kerja pengesanan terhadap pesakit.
Makmal
Bahan uji itu sendiri adalah sangat penting, buat masa ini kita tidak menghasilkannya di dalam negara. - Foto HUKM
Beliau juga mengakui bahawa makmal perubatan di negara ini merupakan yang terbaik tetapi akibat kekurangan bahan uji itu, ia menyukarkan pihaknya untuk meningkatkan jumlah kerja pengesanan dalam masa sehari.
Dalam perkembangan sama, Dr. Hanafiah memberitahu bahawa antara lain yang diperlukan oleh pihak petugas perubatan di makmal kesihatan ialah peralatan perlindungan diri (PPE).
Katanya, meskipun jika dilihat cara pemakaian peralatan tersebut seperti kurang selesa dan boleh mengakibatkan sukar untuk bernafas.
Beliau bagaimanapun mengagumi peranan petugas kesihatan yang tidak pernah merungut dan tidak kenal erti penat lelah sepanjang melakukan kerja-kerja merawat.
"Saya sangat gembira, semakin adalah tinggi dan semua ingin menyumbang, sehingga kini tiada yang mengadu. Mereka faham tanggungjawab masing-masing," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bahan uji COVID-19
#Hospital
#kesihatan
#Korea Selatan
#makmal perubatan
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan