awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
Latihan Harimau Shakti kukuhkan kerjasama pertahanan Malaysia-India
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malapetaka untuk mereka yang tidak bayar hutang - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
Wan Syamsul Amly, Firdaus Azil
01/04/2019
15:30 MYT
Malapetaka untuk mereka yang tidak bayar hutang - Tun Mahathir
MAHATHIR: Mereka yang berpendapat tidak kena bayar, banyak malapetaka akan menimpa. - Astro AWANI/Shahir Omar
Malapetaka akan menimpa mana-mana pihak atau individu yang tidak melunaskan hutang masing-masing.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, sikap yang dilakukan golongan itu akan membawa kesan negatif kepada bangsanya sendiri.
“Hutang kena bayar. Mereka yang berpendapat tidak kena bayar, banyak malapetaka akan menimpa.
“Bukan kita seorang diri, tapi kaum bangsa kita. Apabila kita terkenang sebagai orang yang selalu lokek dan tidak bayar hutang, hendak pinjam mana-mana pun orang tak kasi.
“Sebab orang tahu kita payah bayar hutang, yang beramanah dan buat janji, kita kena bayar hutang. Kalau pinjam dari bank pun kena bayar, pejabat pun kena bayar,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif Harimau Asia pada Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu Dr Mahathir turut menyentuh isu peminjam Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak membayar hutang.
“Bukan tidak dapat duit, ada duit, tetapi tidak bayar. Mereka yang malas bayar hutang, akan gagal. Walaupun rajin, ada ilmu, tetapi hutang tak bayar. Ini menyebabkan kita gagal,” ujarnya.
Sebelum ini, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan menegaskan kegagalan peminjam tabung berkenaan membayar hutang bakal menjejaskan peluang pelajar lain mendapat bantuan agensi tersebut selepas ini.
Sehubungan itu, beliau menasihat para peminjam agar membayar balik pinjaman supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baharu yang ingin memasuki institusi pengajian tinggi (IPT).
Katanya, seramai 362,000 daripada 1.9 juta peminjam tidak membayar pinjaman dengan jumlah sebanyak RM2.6 bilion sejak tabung berkenaan ditubuhkan 21 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#inisiatif harimau asia
#kebangkiotan harimau asia
#Mahathir Mohamad
#orang berhutang
#peminjam hutang
#peminjam ptptn
#PTPTN
#UiTM
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan