Malaysia Airlines akan mengurangkan operasi rangkaiannya secara menyeluruh susulan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dari 18 hingga 31 Mac bagi membendung COVID-19.
Menurut syarikat penerbangan itu, ia telah menggantung penerbangan antarabangsa ke India mulai 17 hingga 31 Mac dan ke Filipina (21 hingga 31 Mac) berikutan larangan perjalanan yang dilaksanakan oleh kerajaan membabitkan perjalanan pergi dan balik dari Malaysia.
Sebelum perintah itu, Malaysia Airlines telah menggantung perkhidmatan ke Arab Saudi, Korea Selatan, Beijing Daxing termasuk laluan Kota Kinabalu-Shanghai disebabkan kawalan sempadan serta mengurangkan kapasiti ke Australia dan New Zealand berikutan dasar pengasingan yang dibuat oleh kedua-dua negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Kapten Izham Ismail berkata keadaan sekarang, sejak beberapa hari ini adalah tidak menentu sehinggakan syarikat penerbangan tersebut terpaksa membuat pembatalan pada saat-saat akhir bagi mematuhi sekatan.
"Pendekatan yang tidak diselaraskan ini telah memberikan cabaran yang besar terhadap operasi kami, tetapi kami melakukan yang terbaik untuk memindahkan penumpang ke dalam syarikat penerbangan lain. Ini membabitkan kos tambahan ke atas operasi kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia Airlines juga terpaksa menyusun kembali penerbangan muatan rendahnya, sama ada membuat pembatalan atau menggabungkan mereka untuk menguruskan kos, dan pada masa yang sama, menguruskan jangkaan pelanggan. Sehingga ke hari ini, syarikat itu telah membatalkan lebih daripada 4,000 penerbangan.
Sebahagian daripada cabaran ini terpaksa dipikul oleh Pusat Hubungan Antarabangsa Malaysia Airlines, apabila ia menerima 25,000 panggilan sehari dan sehingga 2,000 e-mel setiap hari dalam tempoh tiga minggu.
"Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada penumpang kami, kami amat memahami keadaan yang menyebabkan mereka risau mengenai tempahan mereka. Saya memberi jaminan bahawa kami bukan mengambil kesempatan daripada keadaan sekarang, kami adalah salah satu daripada beberapa syarikat penerbangan yang telah menawarkan fleksibiliti yang tidak terhad dalam perubahan tarikh perjalanan termasuk pengecualian yuran tertentu.
"Cuma kami terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk memproses setiap permintaan disebabkan oleh jumlah panggilan dan e-mel. Perubahan tempahan juga memerlukan kepakaran khas dalam sistem tempahan global. Oleh itu, ia memerlukan masa untuk kami mengatur semula kakitangan bagi menyokong pusat panggilan kami, ' katanya.
Kata Izham lagi, pejabat tiket syarikat penerbangan Malaysia Airlines di Nu Sentral telah ditutup mulai 18 Mac berikutan penutupan pusat membeli-belah di seluruh negara dan ia menggalakkan penumpang dengan tempahan melebihi 48 jam berikutnya untuk memulakan perubahan tempahan secara dalam talian melalui borang bantuan pengecualian COVID-19 di laman sesawang Malaysia Airlines.
Disebabkan oleh pengurangan keupayaan yang ketara, Malaysia Airlines dan semua syarikat yang bernaung di bawah operasi kumpulan itu turut menerima kesan, termasuk pergerakan penerbangan serta operasi lapangan terbang.
Majoriti tenaga kerjanya di peringkat global sedang bekerja dari rumah selaras dengan pelbagai keperluan kerajaan masing-masing bagi memerangi COVID-19.
Ia akan terus mendukung piawaian keselamatan tertinggi dalam keseluruhan operasinya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 18 2020
Malaysia Airlines juga terpaksa menyusun kembali penerbangan muatan rendahnya, sama ada membuat pembatalan atau menggabungkan mereka untuk menguruskan kos. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
COVID-19: Tiga kes kematian dicatat, ini lima tumpuan kenyataan media KKM
Terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sultan Perak, Sultan Selangor, Sultan Johor antara yang hadir ke Istana Negara
Pertemuan itu dijangka bagi membincangkan beberapa cadangan yang dipersembahkan oleh kerajaan terutamanya mengenai penularan COVID-19.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
COVID-19: Tiga lagi sekolah di Perak diarah tutup
Sebanyak tiga sekolah di Perak diarah tutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas terdapat jangkitan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar di sekolah berkenaan.
Kluster Penjara Jawi: Seorang lagi pegawai penjara positif COVID-19
Pegawai wadar itu bertugas di blok baharu yang menjaga sekumpulan banduan yang dijangkiti COVID-19 sebelum ini.
SMK Lubuk China dan SK Telok Berembang di Melaka diarah tutup
Dua buah sekolah di Masjid Tanah, Melaka diarah tutup selepas seorang pelajar dari kedua-dua sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.
Cawangan utama BSN Kota Kinabalu ditutup, kakitangan positif COVID-19
Cawangan BSN ditutup bermula hari ini bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh.
Jepun tarik balik larangan perjalanan ke Malaysia, 11 negara lain
Sebelas negara lain termasuk China, Taiwan, Australia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.
Maaflah jika Abah ini mula menggunakan rotan! - Muhyiddin
Katanya, selepas ini hukuman kompaun akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19.
COVID-19: 691 kes baharu dilaporkan, majoriti di Penjara Alor Setar
Jumlah kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini ialah sebanyak 691.