awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines syarikat penerbangan rasmi MATTA 2018

Bernama
Bernama
17/08/2018
21:18 MYT
Malaysia Airlines syarikat penerbangan rasmi MATTA 2018
Eksklusif untuk Peraduan Pembeli Matta, Malaysia Airlines menyediakan hadiah tiket kelas perniagaan ke London dan Seoul serta empat tiket kelas ekonomi ke Chennai, Nanjing, Phnom Penh dan Langkawi. - Gambar hiasan
Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi pameran MATTA 2018 yang akan diadakan dari September 7-9 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
MATTA dalam kenyataannya berkata, pengguna boleh membeli pelbagai pakej domestik dan antarabangsa yang amat bernilai dari lebih 265 peserta kalangan ahli MATTA dan organisasi lain yang mengambil bahagian di pameran tersebut.
"Sebagai syarikat penerbangan rasmi untuk kali kedua berturut-turut tahun ini, Malaysia Airlines akan menawarkan tawaran penerbangan terhebat ke rangkaian domestik dan antarabangsa," katanya.
Eksklusif untuk Peraduan Pembeli Matta, syarikat penerbangan nasional itu menyediakan hadiah tiket kelas perniagaan ke London dan Seoul serta empat tiket kelas ekonomi ke Chennai, Nanjing, Phnom Penh dan Langkawi.
Sementara itu, Firefly Airlines juga akan mengambil bahagian dengan menawarkan tawaran hebat diskaun sehingga 20 peratus ke mana-mana destinasi dalam rangkaiannya serta diskaun 40 peratus untuk tempahan kumpulan lebih daripada sembilan penumpang kepada pengunjung pameran MATTA kali ini.
Kemasukan ke pameran dibuka dari 10 pagi hingga 9 malam, dengan tiket RM4 seorang, namun percuma untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun.
MATTA, pertubuhan bukan kerajaan terbesar untuk perkhidmatan pelancongan dan pengembaraan pada masa ini mempunyai sejumlah 3,200 ahli yang terdiri daripada agen pelancongan tempatan serta ahli gabungan luar negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ejen pelancongan
#Firefly Airlines
#hadiah
#kelas ekonomi
#kelas perniagaan
#Malaysia Airlines
#MATTA
#pameran
#pelancongan
#penerbangan
#pengembaraan
#peraduan
#PWTC
#tiket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan