awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airlines tawar tambang diskaun 2020

Bernama
Bernama
01/01/2020
05:41 MYT
Malaysia Airlines tawar tambang diskaun 2020
Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Jualan tahun baharu Malaysia Airlines bermula esok, dengan tawaran diskaun tambang sehingga 35 peratus bagi Kelas Ekonomi dan Perniagaan.
Tawaran berlangsung sehingga 20 Januari 2020 untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2020.
Ini bermakna, tambang kelas ekonomi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru masing-masing bermula dari RM89, Kuching dari RM129, Kota Kinabalu dari RM179, Phuket dari RM219, Jakarta dari RM229 dan Bangkok dari RM259.
Mereka yang berhasrat memulakan tahun 2020 untuk meneroka budaya dan tempat baharu, boleh mengunjungi destinasi di India, China, Korea dan Australia, dengan kelas ekonomi dua hala ke Chennai dari RM899, Kochi dari RM699, Shanghai dari RM1,199, Seoul dari RM1,399, Brisbane dari RM1,599, London dari RM2,899 dan Auckland dari RM2,999, menurut Malaysia Airlines dalam kenyataan.
Selain itu, Malaysia Airlines juga akan menawarkan tawaran nilai bundle hebat kepada pelanggan, dengan diskaun 20 peratus.
Menerusi nilai bundle ini, penumpang layak mendapat tambahan 10kg bagasi dengan kerusi standard.
Untuk pakej premium, penumpang layak mengakses KLIA Golden Lounge selain tempat duduk dengan ruang kaki tambahan, kata Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan Malaysia Airlines, Lau Yin May.
"Kami bangga menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, dengan tawaran itu merupakan perhubungan akhir untuk kebanyakan pelancong dari seluruh dunia, yang semestinya tertarik untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi percutian mereka seterusnya.
"Nikmati Hospitality Malaysia dari awal dan alami pengalaman budaya unik yang kami tawarkan, daripada fesyen tempatan sehinggalah kepada alam semula jadi," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kelas ekonomi
#kelas perniagaan
#Malaysia Airlines
#tambang diskaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan