awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Airports wujudkan ruang perubatan, tetapkan semula pintu masuk penerbangan China

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
25/01/2020
05:18 MYT
Malaysia Airports wujudkan ruang perubatan, tetapkan semula pintu masuk penerbangan China
Malaysia Airports bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melakukan saringan penumpang antarabangsa di pintu masuk lapangan terbang seluruh negara berikutan penularan Koronavirus dari Wuhan, China.
Malaysia Airports bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan melakukan saringan penumpang antarabangsa di pintu masuk lapangan terbang seluruh negara berikutan penularan Koronavirus dari Wuhan, China.
Agensi itu berkata beberapa langkah tambahan telah diambil melibatkan pengendali lapangan terbang, agensi berkaitan serta syarikat penerbangan bagi memastikan risiko pendedahan diminimumkan untuk keselamatan semua pihak termasuk penumpang dan kakitangan terminal.
“Salah satu langkah yang diambil adalah dengan pelaksanaan pemeriksaan haba untuk penumpang dan kru penerbangan dari China.
“Kami juga telah menyediakan ruang perubatan khas untuk tujuan kuarantin berdekatan pintu ketibaan sebagai persediaan sekiranya terdapat penumpang yang menunjukkan tanda virus.
“Selain itu, kami juga telah menetapkan semula pintu masuk ketibaan untuk penerbangan dari China supaya berdekatan dengan ruang perubatan supaya prosedur kuarantin dapat dipercepatkan dan meminimumkan pendedahan kepada awam,” kata agensi itu dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Malaysia Airports berkata, kesemua syarikat penerbangan akan membuat beberapa pengumuman yang diperlukan kepada penumpang dan mengedarkan Kad Amaran Kesihatan (HAC) yang dikeluarkan oleh KKM kepada penumpang untuk mengisytiharkan keadaan kesihatan semasa mereka.
“Mereka yang mengalami demam atau batuk serta kesukaran bernafas akan segera dibawa ke hospital terdekat sejurus ketibaan.
“Kad tersebut juga akan diedarkan di kaunter imigresen, malah lapangan terbang menyediakan topeng muka serta pembersih tangan (hand sanitisers) untuk kakitangan dan diletakkan di tempat strategik seluruh terminal," kata kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#batuk
#China
#demam
#hand sanitisers
#Kad Amaran Kesihatan
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kesukaran bernafas
#koronavirus
#lapangan terbang
#Malaysia Airports
#pemeriksaan haba
#penumpang antarabangsa
#risiko
#ruang perubatan
#saringan
#topeng muka
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan