Malaysia kini menjadi antara destinasi pilihan bagi pasangan dari negara luar untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan persenyawaan in vitro (IVF), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Dr Dzulkefly berkata ini kerana kadar kejayaan kelahiran bayi IVF pada lebih 30 peratus di negara ini dianggap sebagai peratusan kejayaan yang sangat baik bagi bidang itu.
"Kalau kita ukur dengan prestasi di seantero dunia, kita berada dalam kalangan sangat membanggakan dan kejayaan (kelahiran melalui IVF) menunjukkan pencapaian yang tinggi.
"Dalam teknologi IVF ini banyak kekangan dan parameternya, jadi bagi 30 peratus, itu adalah sangat at par, diiktiraf setara (dengan perkembangan IVF di lain-lain negara)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Unit Perubatan Reproduktif dan Tabung Uji di Hospital Sultanah Bahiyah di sini, pada Ahad.
Menurut beliau, terdapat 52 pusat Perkhidmatan Reproduktif dan Tabung Uji dalam sektor swasta dan empat di hospital-hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan berasaskan zon iaitu Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas di Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah di Terengganu.
"Dijangkakan dalam masa terdekat ini, satu lagi pusat IVF bawah kementerian akan beroperasi di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh, Perak," katanya.
Dr Dzulkefly berkata program subkepakaran Perubatan Reproduktif juga diperkasa untuk melatih lebih ramai pakar dalam bidang berkenaan bagi memenuhi keperluan semasa.
"Saya harap dapat penuhi keperluan tenaga, perjawatan dalam bidang IVF iaitu pegawai-pegawai sains, embryologist khususnya yang kita alami kekurangan buat masa ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihak kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana kontraktor yang terlibat dalam pembangunan fasiliti kesihatan yang gagal menjalankan kerja-kerja mereka mengikut jadual.
Beliau berkata, pihaknya sedaya upaya akan memastikan pembinaan fasiliti kesihatan seperti Hospital Pendang yang bakal memuatkan 126 katil, dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
Katanya pembinaan hospital yang menelan belanja RM222 juta itu bermula pada 7 Mei tahun lepas dan dijangka siap pada 1 Nov 2021.
Sementara itu, katanya pembinaan bangunan tambahan di Hospital Baling yang melibatkan kos sebanyak RM108 juta dimulakan pada 4 Mei tahun lepas dan dijangka siap pada 29 April 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2019
adar kejayaan kelahiran bayi IVF pada lebih 30 peratus di negara ini dianggap sebagai peratusan kejayaan yang sangat baik bagi bidang itu. - Gambar hiasan
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Malaysia antara destinasi pilihan untuk rawatan IVF - Dr Dzulkefly
Kadar kejayaan kelahiran bayi IVF pada lebih 30 peratus di negara ini dianggap sebagai peratusan kejayaan yang sangat baik bagi bidang itu.