awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia bantah pembukaan rasmi Kedutaan AS di Baitulmaqdis

Bernama
Bernama
14/05/2018
21:31 MYT
Malaysia bantah pembukaan rasmi Kedutaan AS di Baitulmaqdis
Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik berkenaan. - Gambar fail
Malaysia membantah keras keputusan Amerika Syarikat membuka kedutaan negara itu secara rasmi di Baitulmaqdis pada Isnin.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata Malaysia dengan teguhnya percaya bahawa langkah ini akan menjejaskan dan membahayakan lagi usaha ke arah mencari penyelesaian yang menyeluruh dan berkekalan terhadap konflik Palestin-Israel.
"Ia akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada keselamatan dan kestabilan rantau itu tetapi akan meniupkan sentimen dan menghalang rundingan damai pada masa depan," kata kenyataan itu.
Kementerian Luar menarik perhatian bahawa pembukaan kedutaan-kedutaan lain akan memburukkan lagi keadaan.
"Malaysia ingin mengulangi pendirian tegasnya bahawa penyelesaian dua negara, yang menyaksikan rakyat Palestin dan Israel hidup bersama secara aman, berdasarkan sempadan sebelum perang 1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin, adalah satu-satunya penyelesaian yang berdaya maju terhadap konflik Palestin-Israel," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan, Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan semua rakan dalam usaha mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik berkenaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Baitulmaqdis
#Jerusalem
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan