Malaysia boleh mencapai status maju berasaskan acuan sendiri dengan menambah baik sistem pendidikan secara berterusan di samping menyediakan kaedah yang tepat untuk generasi muda meningkatkan kemahiran teknologi maklumat (IT), kata ahli Majlis Tindakan Ekonomi, Tan Sri Rafidah Abdul Aziz.
Beliau berkata Malaysia perlu mengelak persepsi sempit bahawa status maju itu hanya boleh dicapai setelah mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi.
"Kita mempunyai sistem pendidikan dan kita perlu meneruskan usaha mempertingkatkannya, jangan abaikan aspek ini, generasi muda kita perlu disediakan panduan untuk mereka menambah baik kemahiran IT masing-masing, mengupayakan mereka untuk menghadapi perkembangan baharu yang berlaku di sekeliling kita.
"Bukan hanya di peringkat domestik sahaja malah peringkat rantau dan global juga. Sekiranya kita terus berusaha melaksanakannya, kita dapat mencapai status negara maju mengikut acuan kita sendiri bukan KDNK," katanya kepada pemberita di Persidangan Francais dan Keusahawanan Antarabangasa 2019 di sini pada Khamis.
Beliau berkata pada masa ini, negara memiliki kumpulan generasi muda yang begitu berminat dengan IT namun lebih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan.
Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata Malaysia telah gagal mencapai Wawasan 2020 sebagai sebuah negara maju tahun depan selain melakar pertumbuhan KDNK pada tujuh peratus setiap tahun.
Beliau menekankan selain pertumbuhan KDNK, Wawasan 2020 turut menggariskan kelayakan lain untuk Malaysia menjadi negara maju termasuk mengikut acuan sendiri, pelbagai kaum dengan persefahaman yang luas dalam kalangan rakyatnya.
"Sudah pasti rakyat, disiplin, cekap teknologi dan sebagainya penting namun paling penting adalah untuk kita melihat bahagian mana di laluan yang kita telah ambil untuk menuju ke arah Wawasan 2020 yang sebenarnya telah direalisasikan.
"Kebimbangan saya ialah sekiranya kita tidak mengubah sikap kita secara berterusan dan jika kita tidak memahami apakah pendirian mengenai kepelbagaian di Malaysia, kita akhirnya akan mempunyai pemikiran dunia ketiga, sentiasa berbalah antara satu sama lain, mempertikaikan perkara kecil dan membawa bebanan perkara lama yang tidak perlu sehingga 2030," katanya.
Justeru, beliau menyeru seluruh lapisan rakyat Malaysia supaya tidak berbalah mengenai isu-isu kecil dan perkara yang tidak relevan.
Rafidah turut menasihatkan generasi muda agar sentiasa berpegang kepada nilai seperti berintegriti tinggi, prestasi cemerlang dan semangat kekitaan kepada negara ini.
"Sekiranya semua nilai ini dilihat wujud dalam kalangan golongan muda, maka rakyat seperti saya boleh meninggalkan dunia ini dengan tenang kerana legasi memiliki Malaysia sebagai sebuah negara yang bersatu-padu akan kekal ada," katanya.
Beliau berkata contohnya apabila diuji dengan Krisis Kewangan Asia pada 1997, Malaysia berjaya bangkit dan berkembang semula dengan dipacu perpaduan dalam kalangan rakyatnya serta cemerlangnya kerjasama antara sektor awam dan swasta.
"Kerajaan dapat melaksanakan dasar dengan sokongan rakyat, dasar yang tidak mengikut kelaziman.
"Contohnya apabila memutuskan untuk menambat ringgit. Tiada siapa yang pernah mengetahuinya, tetapi Malaysia menambat ringgit kerana mahu ia stabil dan kita mempunyai banyak pengaturan, memodalkan semula struktur kewangan kita dengan bank, merasionalisasikan pinjaman tidak berbayar selain menyuntik lebih banyak modal untuk membolehkan rakyat membayar pinjaman," katanya.
Rafidah berkata Malaysia merupakan negara pertama yang mencatatkan semula pertumbuhan.
"Kini jika kita benarkan unsur negatif, bebanan negatif yang tidak perlu, disuntik ke dalam usaha membuat dasar, kesannya adalah kerajaan dan sektor swasta tidak akan dapat melaksanakan sesuatu yang baik untuk negara.
"Sekiranya permintaan dibuat berasaskan perkauman, keeksklusifan, agama dan semua itu, jadi, bila pula kita akan bercakap mengenai keperluan rakyat Malaysia? Jika keperluan rakyat Malaysia tidak dipenuhi, apa yang ada untuk dikongsi? Keadaan ini akan membawa kesengsaraan bersama, bukannya kemakmuran bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 28 2019
RAFIDAH: Sekiranya kita terus berusaha melaksanakannya, kita dapat mencapai status negara maju mengikut acuan kita sendiri bukan KDNK. - gambar fail
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Malaysia boleh capai status maju berasaskan acuan sendiri - Rafidah Aziz
Beliau berkata Malaysia perlu mengelak persepsi sempit bahawa status maju itu hanya boleh dicapai setelah mencatatkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tinggi.