Malaysia dan Indonesia pada asasnya bersetuju dengan penggunaan teknologi seperti dron bagi mengawasi keselamatan dan pemantauan jenayah sempadan kedua-dua negara.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perjanjian persempadanan Malaysia dan Indonesia yang akan diperbaharui tahun hadapan, akan menjurus kepada penggunaan teknologi bagi mengawal keselamatan sempadan, dalam menangani isu sempadan demi kepentingan bersama.
"Memorandum persefahaman berkaitan persempadan antara kedua-dua negara sedang diperhalusi dan akan ditandatangani tahun hadapan," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Muhyiddin dalam lawatan kerjanya ke Indonesia sejak semalam (Isnin).
Hari ini beliau mengadakan pertemuan bersama Menteri Tenaga Kerja (Sumber Manusia) Indonesia, Ida Fauziyah dan Menteri Hukum (Undang-undang) dan Hak Asasi Manusia, Yasonna Laoly, bagi membincangkan isu kepentingan bersama.
Mengulas pertemuannya bersama Yasonna, Muhyiddin berkata Indonesia bersetuju untuk melaksanakan penggunaan dron dan penggunaan teknologi lain dalam memantau, dan penguatkuasaan sempadan kedua- dua negara.
Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama erat dalam menangani isu jenayah sempadan seperti penyeludupan, penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia dan jenayah merentas sempadan.
"Sempadan (darat) Malaysia dan Indonesia (contohnya, di Sabah dan Sarawak dan Kalimantan) adalah lebih 1,000km, dan sudah tentulah menyukarkan pengawasan dan memerlukan penggunaan teknologi," katanya.
Mengenai pertemuannya dengan Ida Fauziyah, Muhyiddin berkata antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan kemasukan pekerja tanpa izin.
"Malaysia dan Indonesia sepakat, isu kemasukan pendatang tanpa izin perlu ditangani secara bersama dan serius," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 10 2019
Perjanjian persempadanan Malaysia-Indonesia yang akan diperbaharui tahun depan menjurus kepada penggunaan teknologi kawalan keselamatan sempadan. - Gambar fail
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Bintang Liverpool Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan Ramadan.
Kerajaan Perpaduan jamin setiap penyelesaian sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesaian persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langggar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
Kanada bekalkan lebih 800 dron bernilai AS$95 juta ke Ukraine
Menteri Pertahanan, Bill Blair mengumumkan bahawa Kanada akan menderma lebih 800 SkyRanger R70 Multi-mission Unmanned Aerial Systems kepada Ukraine.
UK meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine
Perjanjian ini diumumkan selepas pertemuan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy di Kiev.
Polis guna dron cari petunjuk kes bunuh Zayn Rayyan
Pasukan penyiasat dilihat turut melakukan rondaan di sekitar kawasan penemuan mayat dan menemu bual beberapa penduduk.
Pertahanan udara Rusia tembak jatuh dron Ukraine di wilayah Smolensk
Sistem pertahanan udara telah memusnahkan dron Ukraine di ruang udara Wilayah Smolensk, kata Kementerian Pertahanan Rusia.
Rusia musnahkan 2 dron Ukraine di wilayah Bryansk
Dua dron Ukraine ditembak jatuh di wilayah Bryansk pada Isnin malam, lapor Sptunik memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia pada Isnin.
Dron di kawasan persiapan, sambutan Hari Kebangsaan adalah dilarang - CAAM
Larangan itu bagi mengelak risiko kemalangan terhadap pesawat TUDM yang menjalankan latihan penerbangan formasi rendah di kawasan tumpuan.
Lagi dron Ukraine dimusnahkan tentera Rusia di wilayah Moscow
Sistem pertahanan udara Rusia juga mematahkan serangan sebuah dron Ukraine melalui penggunaan sistem peperangan elektronik (EW).
5 cedera dron Ukraine serang stesen kereta api Rusia - Gabenor
Gabenor Wilayah Kursk Roman Starovoit berkata sebuah dron Ukraine menyerang bangunan stesen kereta api bandar itu menyebabkan lima orang cedera.
Remaja antara dua ditahan terbangkan dron pada hari penamaan calon
Polis telah mengarahkan supaya dron itu diturunkan sebelum dirampas bersama seunit telefon bimbit iPhone 7 Plus.
PRN: Penerbangan dron tanpa kelulusan dilarang - CAAM
Larangan itu bagi memastikan kelancaran pilihan raya, selain mengelakkan kejadian tidak diingini terutamanya aspek keselamatan.