Pengiktirafan yang diberi terhadap Malaysia oleh pelbagai pihak, termasuk dari negara lain, membuktikan pembangunan negara berada di landasan yang tepat, dan oleh sebab itu, kerajaan yang ada perlu dipertahankan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata cubaan pembangkang untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan yang ada kini perlu ditukar, adalah gambaran tidak tepat dan rakyat perlu menolak cita-cita besar pembangkang itu.
Beliau berkata Malaysia kini mendapat pengiktirafan pelbagai pihak seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa dan agensi penarafan kredit iaitu Fitch serta Standard and Poor, adalah atas kekukuhan ekonomi negara yang kini di kedudukan 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini iaitu antara yang tertinggi di peringkat global.
"Selain itu negara juga mendapat pengiktrafan daripada ulama tersohor Tunisia, Sheikh Rashid Al Ghannushi yang menyatakan Malaysia adalah gambaran dan imej Islam sebenar di dunia," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid, Ketua UMNO Bahagian Sik Datuk Tajuddin Abdullah dan Ketua UMNO Bahagian Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Presiden UMNO berkata Sheikh Rashid yang mengetuai parti terbesar di Tunisia itu dalam temuramah sebuah stesen televisyen Arab Saudi telah menyebut mengenai imej dan gambaran Islam di Malaysia adalah antara yang terbaik dunia.
"Selain itu, hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi melalui Raja Salman (Abdulaziz al-Saud) sehingga negara mendapat tambahan kuota teristimewa jemaah haji negara dan kelebihan cop pasport di Malaysia dan tidak perlu berbuat demikian lagi di Jeddah ketika musim haji," katanya.
Najib berkata tidak ada negara lain yang mendapat keistimewaan tersebut dan beliau berharap keistimewaan berkenaan juga dapat dibenarkan ketika melakukan umrah di Tanah Suci.
Sehubungan itu, beliau berkata tiada sebab pembangkang cuba menghasut rakyat untuk menukar kerajaan sedangkan mereka juga bermasalah dan tidak mungkin mampu melakukan seperti apa yang dilakukan kerajaan sekarang.
Beliau juga menyelar pemimpin pembangkang kerana bersungguh-sungguh kononnya untuk membuat pembaharuan sedangkan ada kalangan mereka yang pernah menjadi menteri besar gagal berbuat demikian ketika diberi kuasa.
"Bila hujung minggu dia balik Kuala Lumpur. Sepatutnya hari hujung minggu itulah waktu bertemu rakyat. Jumpa dan dampingi rakyat. Nak tahu keluh kesah orang kampung, penoreh getah dan pesawah padi. Hari minggulah kita buat kerja.
"Saya hari minggu pun kerja. Saya jaga kawasan. Kita sebagai wakil rakyat kena kerja. Waktu jadi wakil rakyat mana-mana pemimpin pun tak hebat tanpa sokongan orang bawahan," katanya.
Najib yang menggunakan analogi pasukan bola sepak mahukan seluruh anggota UMNO agar bekerja sebagai satu pasukan kerana jika sedikit kesilapan berlaku sama ada sengaja atau tidak boleh menyebabkan kekalahan kepada parti.
"Hantaran bola yang cantik dan tepat boleh jaringkan gol tetapi kalau pertahanan buat silap, gol kita boleh bolos," katanya yang mengambil contoh perlawanan bola sepak Malaysia menentang Myanmar di Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kepada penduduk Sik, Najib mahu mereka agar terus memilih UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 akan datang agar kemajuan yang dirancang akan dapat terus dilaksanakan.
"Jangan ulangi sejarah dahulu yang Sik berada dalam kegelapan sehingga UMNO dan BN membawa perubahan terhadap daerah ini," katanya.
Perdana Menteri berkata parti lain terutama DAP tidak mungkin akan menolong penduduk Islam dan Bumiputera jika parti itu memerintah dan beliau yakin rakyat bijak menilai parti manakah yang mampu membela mereka.
"Tanya orang PAS mereka dah serik dan tidak mahu tengok wajah pemimpin DAP tetapi ada bekas pemimpin kita yang sanggup bersekongkol dengan DAP," katanya.
Najib kemudiannya merasmikan Kompleks Sukan Perdana di sini yang menelan belanja RM7 juta.
Kompleks berkenaan mengandungi tiga komponen iaitu mini stadium, dewan dan gimnasium untuk kegunaan rakyat daerah ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk program 'touch point' membaiki rumah penduduk di daerah ini.
Najib juga bersetuju supaya diasingkan Pejabat Pendidikan Daerah bagi Baling dan Sik yang kini diletakkan dalam satu pengurusan, berkemungkinan dilaksanakan pada tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
Najib merasmikan Dewan Al Hana pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sik hari ini. Turut hadir Tajuddin (tiga, kiri) dan Mahdzir (empat, kiri). --fotoBERNAMA
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Bank Islam tempatan atasi prestasi bank konvensional, Malaysia kekal pasaran sukuk terbesar - Moody's
Moody's juga berkata, pemberian lesen perbankan Islam digital juga akan turut menyokong pertumbuhan sektor itu.
Moody's jangka perbankan Islam Malaysia berkembang kepada dua angka pada 2022, 2023
Li Tengfu berkata industri perbankan Islam diunjurkan berkembang lebih pantas berbanding perbankan konvensional.
Moody's semak semula kenaikan harga minyak jangka sederhana kepada AS$50-AS$70 setong
Agensi penarafan kredit juga menjangkakan bekalan yang terhad akan terus menyokong momentum harga minyak yang kukuh.
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak akan terjejas - Ong
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia tidak akan terjejas memandangkan kebimbangan yang dialami agensi penarafan telah ditangani.
Malaysia diiktiraf dunia, tiada sebab tukar kerajaan - Najib
Cubaan pembangkang untuk menghasut rakyat kononnya kerajaan yang ada kini perlu ditukar, adalah gambaran tidak tepat dan rakyat perlu menolak cita-cita besar pembangkang itu.