awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' - Salleh

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/10/2015
07:56 MYT
Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' - Salleh
MOHD SALLEH: Persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.
Malaysia dilanda 'keganasan persepsi' melalui media baru yang diguna pakai untuk membunuh karakter seseorang individu termasuk pemimpin negara.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak berkata, persepsi negatif terhadap kepimpinan negara dan kerajaan dilihat seperti telah tertanam dalam masyarakat khususnya pengguna media sosial.
"Dalam konteks Malaysia, jelas dapat dilihat bagaimana manipulasi persepsi media baru digunapakai bagi menjalankan pembunuhan karater terhadap individu mahupun mengakibatkan ketidakstabilanhuru-hara berlaku.
"Situasi berlaku apabila pemimpin negara dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Namun, isu tersebut terus dimanipulasi di media sosial meskipun pencerahan demi pencerahan dibuat dan pelbagai bukti telah dikemukakan,"katanya semasa berucap merasmikan Seminar "The Role Of New Media in Fighting Against Perception Terrorism" di Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) di sini, hari ini.
Tambahnya, persepsi boleh timbul daripada pemikiran atau hati seseorang dan boleh dicetuskan pihak lain.
"Sesuatu persepsi tidak lagi terikat dalam lingkungan pemikiran seseorang individu, tetapi boleh bercambah pantas menjadi persepsi ramai. Ianya boleh terbentuk melalui pelbagai medium seperti blog, mahupun penulisan, foto dan video yang tersebar luas di media sosial," ujar beliau.
Justeru, beliau mengingatkan masyarakat agar sentiasa menilai dengan baik apa jua maklumat yang disebarkan melalui media sosial.
"Usahlah sebarkan maklumat yang kita sendiri tidak pasti kesahihan dan sumbernya. Jangan mudah terpengaruh dengan mainan dan manipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya perkara yang boleh menggugat kestabilan, keselamatan dan keharmonian negara," katanya.
Topic Berkaitan
#"The Role Of New Media in Fighting Againts Perception Terrorism
#keganasan
#Media
#media sosial
#Mohd Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan