Malaysia menduduki tangga keempat dalam kadar indeks jenayah di rantau Asia, lapor laman pangkalan data global Numbeo.

Bagaimanapun, indeks yang dikeluarkan setakat pertengahan tahun 2020 itu menunjukkan penurunan kepada 58.55 peratus berbanding 60.66 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Ia sekali gus menyaksikan kadar keselamatan di negara ini turut meningkat daripada 39.34 peratus pada pertengahan tahun 2019 kepada 41.45 peratus (pertengahan tahun 2020).

Afghanistan mencatatkan kadar jenayah paling tinggi di rantau tersebut dengan 76.97 peratus diikuti masing-masing Syria (67.42 peratus); dan Bangladesh (63.82 peratus).

Mengikut perbandingan di seluruh dunia pula, Malaysia menduduki tangga ke-26 daripada 133 negara

Mengikut perbandingan negara di seluruh dunia pula, Malaysia berada di tangga ke-26 daripada 133 negara.

Kedudukan tersebut dilihat lebih baik berbanding pertengahan tahun 2019, iaitu di tangga ke-20.

Menurut Numbeo, kali terakhir data tersebut dikemaskini adalah pada Julai 2020, di mana setiap data diperoleh berdasarkan persepsi pengunjung di laman sesawang itu dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Sementara itu, data bagi setiap negara pula diambil kira berdasarkan kemasukan di setiap bandar di negara terbabit.

Mengikut Negeri

Pecahan mengikut kadar jenayah, masalah rasuah di negara ini mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 75.02 peratus.


Laporan itu turut mendedahkan indeks keselamatan ketika berjalan seorang diri pada waktu siang di negara ini berada pada tahap sederhana iaitu 57.45 peratus, sementara pada waktu malam adalah pada tahap rendah (31.19 peratus).

Pecahan mengikut kadar jenayah pula, masalah rasuah mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 75.02 peratus.

Kedudukan kedua dan ketiga masing-masing adalah masalah jenayah harta benda seperti vandalisme dan kecurian dengan peratusan sebanyak 63.61 peratus, dan kebimbangan dirompak (63.43 peratus).

Antara kadar jenayah lain yang ditekankan termasuk kebimbangan kes kecurian kereta (57.25 peratus); kebimbangan diserang (53.51 peratus) serta masalah penyalahgunaan dadah (53.03 peratus).

Laman sesawang itu mendedahkan enam kawasan di negara ini menunjukkan indeks jenayah tertinggi, dengan Klang berada di tangga pertama iaitu 71.51 peratus.

Laman sesawang itu turut mendedahkan enam kawasan di negara ini mencatatkan indeks jenayah paling tinggi, dengan Klang berada di tangga pertama iaitu 71.51 peratus.

Kedudukan kedua dan ketiga masing-masing direkodkan di Kuala Lumpur iaitu 65.31 peratus; dan Petaling Jaya sebanyak 57.82 peratus.

Manakala Johor Bahru berada di tangga keempat iaitu 55.78 peratus; Kuching di tangga kelima (48.18 peratus); serta Pulau Pinang di kedudukan keenam (38.95 peratus).