Malaysia dijangka menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) baharu dengan Indonesia tidak lama lagi, bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan yang sudah berlarutan sekian lama.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau akan menemui rakan sejawatnya di Indonesia pada 18 Sept ini untuk membincangkan kandungan MoU itu, katanya kepada akhbar harian berbahasa Inggeris, Borneo Post di Sibu semalam.
Wan Junaidi berkata, MoU itu akan menyentuh bagaimana kedua-dua negara boleh "membantu dan bertukar idea mengenai kebakaran hutan dan tanah gambut."
Beliau menegaskan "pemeteraian MoU itu juga memerlukan Indonesia mematuhi ketetapan yang dipersetujui di pihak mereka."
Wan Junaidi berkata ketika ini tiada sebarang perjanjian antara kedua-dua negara berikutan yang terdahulu telah luput.
"MoU baharu ini akan diguna pakai untuk tempoh lima tahun," katanya.
Wan Junaidi berkata perkembangan terkini akan diperoleh daripada kerajaan Indonesia dan tindakan pencegahan, tebatan tanah dan kebakaran hutan serta juga jerebu.
Kebakaran hutan bagi tujuan pertanian berlaku setiap tahun di Indonesia yang dikatakan menjadi punca jerebu di Asia Tenggara terutama di Malaysia dan Singapura.
Wan Junaidi juga berkata kementeriannya akan memaklumkan kepada Majlis Keselamatan Negara tentang keperluan pembenihan awan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 150.
Katanya, kementerian dan Jabatan Alam Sekitar akan menasihatkan supaya sekolah-sekolah ditutup sebaik bacaan IPU mencecah 200.
IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Bernama
Sat Sep 12 2015
Pemeteraian MoU itu juga memerlukan Indonesia mematuhi ketetapan yang dipersetujui di pihak mereka. - Gambar Fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Masing tuntut Borneo Post, Borneo Post Online mohon maaf
Masing berkata mereka mempunyai masa tujuh hari untuk memohon maaf dan jika gagal berbuat demikian, pihaknya tiada pilihan selain menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang seterusnya.
Paip gas bocor: Usaha JBPM tertangguh akibat laluan sukar
Laluan berliku dan komunikasi terhad telah menyukarkan usaha Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Lawas untuk tiba di lokasi SSPG yang mengalami insiden gas bocor awal pagi Rabu.
Malaysia, Indonesia adakan MoU baharu tangani jerebu rentas sempadan
Malaysia dijangka menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) baharu dengan Indonesia tidak lama lagi, bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan yang sudah berlarutan sekian lama.