awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia, Indonesia kongsi tempat teratas destinasi pelancongan mesra Islam

Bernama
Bernama
10/04/2019
00:57 MYT
Malaysia, Indonesia kongsi tempat teratas destinasi pelancongan mesra Islam
Malaysia dan Indoensia masing-masing mendapat 78 markah untuk menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI)
Malaysia kekal menduduki tempat pertama indeks pelancongan Islam global oleh MasterCard-CrescentRating Global Muslim Travel Index (GMTI) untuk tahun kesembilan berturut-turut, tetapi buat julung kalinya berkongsi kedudukan itu dengan Indonesia.
Laporan GMTI 2019 itu, yang menyenaraikan 130 destinasi di peringkat global, memberikan markah 78 kepada kedua-dua negara.
Dalam kenyataan bersama pada Selasa, MasterCard dan CrescentRating berkata Indonesia meningkat daripada tempat kedua ke tempat teratas menerusi usaha berterusan Kementerian Pelancongan negara itu untuk melabur dalam industri pelancongan dan penggembaraannya, dan membangunkan infrastruktur mesra pelancong Islam.
Negara lain dalam kalangan 10 negara teratas ialah Turki (75 markah), Arab Saudi (72), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (71), Qatar (68), Maghribi (67), Bahrain (66), Oman (66) dan Brunei (65).
Pada 2018, Malaysia mendapat 80.6 markah manakala Indonesia terikat dengan UAE dengan 72.8 markah.
Singapura kekal sebagai destinasi pelancongan mesra Islam perdana dalam kalangan destinasi bukan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada tahun ini, diikuti Thailand, United Kingdom, Jepun dan Taiwan.
Indeks itu selari dengan kekukuhan dan pertumbuhan destinasi pelancongan mesra Islam dalam empat bidang strategik -- akses, komunikasi, persekitaran dan perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Destinasi pelancongan
#GMTI
#Halal
#Indonesia
#Malaysia
#Mastercard
#mesra Islam
#Pelancongan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan