awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia-Indonesia sepakat bebaskan tahanan nelayan

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2017
10:41 MYT
Malaysia-Indonesia sepakat bebaskan tahanan nelayan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua, kanan) dan Presiden Indonesia Joko Widodo (dua, kiri) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi hari ini. - Foto Bernama
Kerajaan Malaysia dan Republik Indonesia hari ini mencapai kata sepakat untuk membebaskan kesemua nelayan yang ditahan oleh kedua-dua negara kerana menceroboh kawasan perairan.
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, persetujuan itu dicapai bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo atas dasar keperimanusiaan kerana melihat nelayan-nelayan ini adalah golongan miskin.
Menurut beliau, penahanan itu dilihat tidak wajar dan menggesa agar mereka dibebaskan dengan segera bersama dengan kelengkapan mereka seperti bot .
"Berdasarkan kepada tangkapan bahawa mereka melakukan pencerobohan waktu mereka melakukan tangkapan ikan. Kami bersetuju bahawa mereka ini adalah orang miskin, dan oleh itu tidak wajar penahanan mereka diteruskan.
“Maka hari ini diputuskan semua nelayan yang ada dalam tahanan di Malaysia ini maknanya nelayan Indonesia dan juga nelayan Malaysia yang ada dalam tahanan Indonesia, termasuk dengan bot-bot mereka dibebaskan dengan secepat mungkin,” katanya di sidang media selepas menghadiri Rundingan Tahunan ke 12 Malaysia-Indonesia di sini hari ini.
Ujar beliau lagi, adalah tidak adil untuk menahan golongan yang menjadikan aktiviti penangkapan ikan sebagai sumber utama rezeki mereka.
Dalam majlis sama, beberapa perkara turut dipersetujui dengan merangkumi pendidikan, pertahanan, kelapa sawit, sempadan, ekonomi termasuk pendirian kedua-dua negara dalam isu penindasan etnik Rohingya.
Majlis itu juga merupakan simbolik sambutan ulangtahun hubungan diplomatik Malaysia-Indonesia yang ke 60.
Terdahulu, Datuk Seri Najib dan Joko menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dalam bidang pengajian tinggi Islam antara Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dengan Menteri Luar Negara Indonesia, Retno lp Marsudi.
Topic Berkaitan
#Idris Jusoh
#Indonesia
#Islam
#Joko Widodo
#kerajaan
#Malaysia
#MoU
#Najib Razak
#nelayan
#Perdana Menteri
#presiden
#Rohingya
#Tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan