Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan simpati dan takziah kepada kerajaan dan rakyat Turki susulan serangan bom trak di Cizre pada 26 Ogos lalu.

Malaysia pada masa sama mengutuk serangan itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan.

Serangan yang menyasarkan polis Turki itu telah meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa.

Sejumlah 78 orang lagi dilaporkan cedera.

Cizre yang terletak di tenggara wilayah Sirnak bukan lokasi utama yang dilawati oleh pelancong Malaysia

Kementerian Luar Negeri bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia yang bermastautin atau pun berhasrat melancong ke Turki untuk merujuk panduan keselamatan di laman web kementerian.