Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi

Malaysia kutuk serangan dron, peluru berpandu ke atas Arab Saudi
Malaysia melalui Wisma Putra mengulangi gesaan agar semua pihak di Yaman terlibat secara konstruktif dalam usaha menghentikan permusuhan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan dron dan peluru berpandu yang dilancarkan pemberontak Houthi ke atas Arab Saudi pada Ahad lepas.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) malam tadi, serangan itu berjaya dipintas oleh Arab Saudi.

"Kesinambungan serangan yang disengajakan ini menunjukkan provokasi tidak perlu oleh puak Houthi terhadap negara tersebut (Arab Saudi) dan bakal memudaratkan usaha mengekalkan keamanan serta kestabilan di rantau itu," katanya.

Malaysia mengulangi gesaannya agar semua pihak di Yaman terlibat secara konstruktif dalam usaha menghentikan permusuhan selain menyelesaikan konflik itu secara persahabatan serta aman melalui dialog dan diplomasi.
-- BERNAMA