MALAYSIA
Malaysia minta pinjaman dari Jepun

Dr Mahathir disambut Shinzo Abe di Tokyo pada Selasa. - BERNAMA
Malaysia akan memohon pinjaman dari Jepun selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menerangkan situasi kewangan negara kepada rakan sejawatannya dari negeri itu, Shinzo Abe.
Menurut Dr Mahathir, jika diluluskan, pinjaman itu akan dibuat dalam mata wang yen.
Katanya, kerajaan Jepun akan mempertimbangkan permintaan ini.
Dalam satu sidang media bersama, kedua-dua Perdana Menteri turut mengulas mengenai cadangan membina sebuah kampus universiti Jepun di Malaysia.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan hal mengenai perjanjian pertahanan Malaysia-Jepun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami