Tutup

Malaysia perlu bina kepakaran pertahanan sendiri - Tun Mahathir

Malaysia perlu bina kepakaran pertahanan sendiri - Tun Mahathir
Tun Mahathir mahu rakyat Malaysia mencontohi kesungguhan rakyat Turki dalam usana membangunkan negara. - Gambar BERNAMA
ISTANBUL: Malaysia perlu membina keupayaan serta kepakaran dalam mencipta peralatan persenjataan sendiri.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kebergantungan kepada negara luar dalam bidang ketenteraan juga diumpamakan seperti negara yang masih belum sepenuhnya merdeka.

Bagaimanapun beliau sedar, usaha menjadikannya kenyataan memakan masa selain menuntut perbelanjaan yang tinggi.

“Kita telah ada kereta nasional, dengan kerjasama Jepun. Hari ini kita tidak bergantung kepada Jepun kerana sudah menguasai kecekapan untuk membuat kereta sendiri.
“Sama juga seperti senjata, kita boleh bekerjasama dengan orang lain dan kuasai teknologinya.

“Tidak banyak negara sanggup pindahkan teknologi kepada kita tetapi Turki berjanji akan beri segala yang kkta hendak. dari segi teknologi pembuatan dan sebagainya, Turki bersedia untuk beri kerjasama, “ katanya semasa majlis High Tea bersama diaspora Malaysia di Turki pada Jumaat.
Tun Mahathir juga mahu rakyat Malaysia mencontohi kesungguhan rakyat Turki dalam usana membangunkan negara.



Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan, kerajaan akan menyiasat jika ada status ijazah di universiti luar negara yang tidak diiktiraf di Malaysia.

Ketika menjawab soalan seorang diaspora Malaysia di Turki, Dr Mahathir memberitahu sudah menjadi kelaziman bagi kerajaan mempunyai satu badan penilaian untuk menentukan sama ada ijazah universiti berkenaan sudah boleh diterima atau sebaliknya.


Tag: Merdeka, Jepun, kerajaan, ketenteraan, kereta nasional, Mahathir Mohamad, Turki, Perdana Menteri, rakyat Malaysia, Malaysia, pertahanan, tentera



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.