awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
Kurikulum baharu prasekolah tumpu enam bidang utama - Fadhlina
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia perlukan lebih banyak pemandu trak 'prime mover'

Bernama
Bernama
02/05/2019
12:03 MYT
Malaysia perlukan lebih banyak pemandu trak 'prime mover'
Anthony Loke mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) di PICC hari ini. --fotoBERNAMA
Pelabuhan di Malaysia menghadapi kekurangan ketara pemandu trak ''prime mover'' untuk mengangkut kargo dalam kawasan pelabuhan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Beliau berkata terminal pelabuhan seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) memerlukan antara 800 hingga 1,000 trak prime mover, yang memainkan peranan penting dalam mengangkut kargo dari dermaga ke limbungan kapal dan sebaliknya, untuk memenuhi pemintaan peningkatan pergerakan kargo.
Loke berkata beliau telah membangkitkan isu kekurangan itu kepada pihak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia berserta rayuan untuk membenarkan pengendali pelabuhan mengupah pekerja asing untuk mengisi kekosongan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun kerana Malaysia kini dalam tempoh peralihan untuk menggunakan kenderaan automatik sepenuhnya di pelabuhan.
Beliau turut menasihatkan penduduk tempatan untuk mengisi kerja sebagai pemandu trak prime mover kerana ia menawarkan pendapatan baik kira-kira RM3,300 sebulan.
"Kita mempunyai beberapa pemandu trak prime mover tempatan yang bekerja di pelabuhan di Johor dan selepas enam bulan mereka pergi bekerja di pelabuhan Singapura kerana gaji lebih tinggi,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Negara (NSPC) di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata beliau telah membawa kepada perhatian Kabinet berhubung isu 74 barangan termasuk komoditi, yang perlukan permit atau kelulusan kerajaan untuk memasuki pelabuhan Malaysia, malah untuk proses pindah kapal.
Beliau akan mengadakan perbincangan dengan kementerian relevan untuk melihat sama ada apa-apa syarat yang boleh dilonggarkan untuk barangan itu memasuki pelabuhan Malaysia dalam usaha untuk menjadikan pelabuhan negara sebagai hab pindah kapal pilihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke Siew Fook
#kabinet
#kapal
#Kementerian Dalam Negeri
#kenderaan automatik
#kerajaan
#Klang
#pekerja asing
#pelabuhan
#Pelabuhan Klang
#Pelabuhan Tanjung Pelepas
#pemandu trak
#prime mover
#Singapura
#tempoh peralihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan