Kerajaan Malaysia menyalurkan sebanyak RM1 juta bantuan kemanusia menerusi Pertubuhan Palang Merah Lubnan (LRC) atas semangat persaudaraan kepada Lubnan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi dan meneruskan kehidupan dengan kekuatan semangat dan perpaduan berterusan.
"Kerajaan dan rakyat Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Lubnan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut yang menyebabkan kemusnahan besar.
"Sehubungan itu, kami berkongsi kesedihan dan penderitaan dengan saudara kami di sana selain menzahirkan rasa simpati serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa atas kehilangan orang tersayang," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mendoakan kesejahteraan rakyat di negara itu khususnya mereka yang terjejas.
"Kepada yang cedera, kami juga mendoakan agar mereka cepat sembuh," ujarnya.
Dalam kejadian pada Selasa lalu, sekurang-kurangnya 150 orang maut dan lebih 5,000 cedera dalam letupan di Pelabuhan Beirut yang disyaki berpunca daripada bahan ammonia nitrat disimpan di gudang pelabuhan itu sejak 2013.
Fauzi Suhaimi
Sat Aug 08 2020
Muhyiddin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi itu. - Foto ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Lelaki bersenjata serah diri, bebaskan tebusan pekerja bank
Insiden mencemaskan seorang lelaki bersenjata menjadikan sekumpulan pekerja bank sebagai tebusan di Beirut pada Khamis berakhir apabila dia menyerah diri.
Lelaki bersenjata jadikan pekerja bank tebusan, tuntut wang dibeku dipulangkan
Selain melepaskan tiga tembakan, suspek turut mengancam untuk membakar diri dengan petrol jika tuntutan untuk mendapatkan wang miliknya yang dibekukan tidak dipenuhi.
2 maut dalam insiden tembakan di Beirut, Lubnan
Sekurang-kurangnya dua maut manakala beberapa yang lain cedera dalam insiden tembakan di Beirut, Lubnan, lapor Xinhua.
Selepas insiden ledakan dahsyat, langit Beirut kembali diselubungi hitam suram
Kebakaran dikatakan berlaku di sebuah gudang yang menyimpan minyak mesin dan tayar di pelabuhan tersebut.
Angka korban letupan dahsyat pelabuhan Beirut meningkat ke 190 orang
Angka kematian akibat tragedi letupan di pelabuhan Beirut bulan ini meningkat kepada 190 orang dengan lebih daripaa 6,5000 lagi cedera, sementara tiga orang masih hilang.
Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM1 juta kepada Lubnan
Muhyiddin berkata, Malaysia yakin dan percaya rakyat di negara itu mampu mengatasi impak tragedi itu.
Letupan Beirut: Malbatt 850-7 sedia beri bantuan kemanusiaan dan bencana
Pasukan berkenaan yang menyertai misi UNIFIL di Selatan Lubnan sejak Oktober tahun lepas, ketika ini masih meneruskan rutin operasi di bawah Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pasukan Interim PBB.