awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran di Kalimantan, Sumatera

Fareez Azman
Fareez Azman
10/09/2019
15:27 MYT
Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran di Kalimantan, Sumatera
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Indonesia di Malaysia pada Selasa.
Malaysia sedia membantu Indonesia dalam usaha memadamkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, berikutan jerebu yang melanda negara ketika ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin selepas mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Indonesia di Malaysia pada Selasa.
Dalam entri terbaharu di akaun Facebooknya, Bee Yin berkata beliau telah mengadakan perjumpaan dengan dengan Menteri Kaunselor Indonesia, Agus Badrul Jamal dan Kaunselor Informasi, Sosial dan Hal Ehwal Budaya Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia, Agung Cahaya Sumirat.
Ujarnya, Malaysia mengulangi kebimbangan mengenai kesan jerebu rentas sempadan yang berterusan terhadap rakyat di negara ini.
Sementara itu, perbincangan diplomatik turut diadakan di antara Duta Besar Malaysia di Indonesia Zainal Abidin Bakar bersama Pegawai Kanan Republik itu pada isnin.
Jelas Bee Yin, kerajaan Indonesia akan bekerjasama dengan pelbagai agensinya dalam menangani isu jerebu antaranya menggunakan 1,994 anggota di Sumatera dan 860 anggota di Kalimantan.
Manakala 1,677 sukarelawan juga dijangka akan mengambil bahagian dalam kerja-kerja pemadaman.
Dalam memastikan kebakaran dikawal dan dipadamkan, 16 buah helikopter akan digunakan untuk pemadaman air dari udara.
Tegas akan kejadian yang berlaku, pasukan penguatkuasa Indonesia akan menangkap dalang di sebalik kebakaran haram berkenaan.
Sehingga kini sebanyak 811 titik panas dikesan di Sumatera manakala 247 di Kalimantan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#jerebu
#Kalimantan
#Kedutaan Besar
#Malaysia
#Pemadaman
#perbincangan
#sukarelawan
#Sumatera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan