Malaysia sedia menghantar anggota dan pegawai bomba ke Indonesia untuk membantu memadam kebakaran hutan dan ladang di republik itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata kerajaan memandang serius masalah berkenaan yang boleh menyebabkan jerebu dan sedia menyalurkan bantuan pada bila-bila masa.
"Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengawal selia bomba dan juga pasukan SMART (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia), dia sudah memberi jaminan bahawa kita sentiasa bersiap sedia pada bila-bila masa sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Larian Terowong SMART 2017, di sini hari ini.
Baru-baru ini, Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) memberi amaran mengenai peningkatan ancaman kebakaran hutan berikutan musim kemarau yang dijangka bertambah buruk malah beberapa kawasan panas telah dikesan di Aceh menyebabkan wilayah itu mengalami jerebu.
Bagaimanapun, Agensi Pemulihan Tanah Gambut Indonesia dilaporkan memberi jaminan bahawa negara jiran seperti Malaysia dan Singapura tidak mengalami jerebu kerana pihaknya telah mengambil langkah baharu untuk menghentikan kebakaran hutan.
Menjelas lanjut, Wan Junaidi berkata beliau telah bertemu gabenor Riau dan Jambi selain merancang untuk berjumpa dengan gabenor Acheh bagi membincangkan soal bantuan itu.
Beliau turut berterima kasih kepada Indonesia atas tindakan sistematik dan agresif dalam menangani jerebu dan yakin langkah proaktif yang diambil republik itu mampu menangani masalah jerebu sekali gus menjadikan negara ASEAN bebas jerebu menerusi Pelan Tindakan Bebas Jerebu menjelang 2020.
Terdahulu, Wan Junaidi melepaskan kira-kira 1,800 peserta larian anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Pengairan dan Saliran yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-85 penubuhan jabatan itu dan ulang tahun ke-10 pengoperasian Terowong SMART.
Ini merupakan kali kedua program itu dianjurkan sejak Mac 2007.
Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) sejauh 9.7 kilometer yang dibuka pada Jun 2007 itu merupakan terowong dwifungsi yang digunakan sebagai laluan trafik dan aliran air mampu melencongkan limpahan air 1.16 juta meter padu sekiranya berlaku hujan lebat tanpa henti selama tiga jam.
Menurut Wan Junaidi, sehingga 15 Julai lepas, sebanyak 299 kali kejadian banjir berlaku di ibu kota berjaya dilencongkan melalui pelbagai mod iaitu dengan mengalihkan air banjir menerusi tadahan Sungai Klang dan Sungai Ampang ke Sungai Kerayong daripada melimpah ke pusat bandar raya.
"Kejayaan Terowong SMART ini membuktikan negara kita berjaya mewujudkan pakar-pakar dalam bidang ini setanding dengan rakyat di negara maju dan kita seharusnya berbangga kerana ia telah menjadi tarikan negara luar misalnya Putera Mahkota Jepun dan Menteri Sumber Air China kagum dengan operasi SMART," katanya.
Antara kawasan rendah di ibu kota yang kini hampir bebas banjir hasil terowong SMART ialah Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kampung Baru, Jalan Tun Razak, Jalan P. Ramlee dan beberapa lagi jalan utama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 30 2017
Malaysia sedia menghantar anggota dan pegawai bomba ke Indonesia untuk membantu memadam kebakaran hutan dan ladang di republik itu, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. -Gambar fail
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
METMalaysia terus pantau perkembangan letusan Gunung Ruang
Pihak METMalaysia juga melaksanakan simulasi untuk mengenal pasti potensi berlaku tsunami akibat letusan itu dan ancamannya kepada Malaysia.
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Piala Asia B-23: Dua kad merah saksi kehandalan Qatar ketepikan cabaran Indonesia
Pengadil, Nasrullo Kabirov, terlebih dahulu menghadiahkan sepakan penalti yang disudahkan Khaled Ali Binsabaa pada minit ke-44.
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
Sebahagian umat Islam di Jogjakarta sambut 1 Syawal hari ini
Imam Masjid Aolia, Sholeh Pranolo berkata, lebaran tahun ini disambut lebih awal atas dasar 'keyakinan dan perjalanan spiritual'.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Indonesia tempah dua kapal selam dari Naval Group dan PT PAL
Kapal selam itu akan dibina di Indonesia menggunakan pemindahan teknologi daripada Naval Group.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Kod Tatalaku di Laut China Selatan perlu segera dimuktamadkan - Bekas Menteri Luar Indonesia
Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan perlu dimuktamadkan secepat mungkin bagi mengelakkan peningkatan konflik berhubung tuntutan maritim di kawasan itu, kata seorang diplomat.
Demam denggi ragut 316 nyawa di Indonesia pada Februari
Sekurang-kurangnya 316 orang maut akibat demam denggi berdarah di Indonesia setakat Februari tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dante Saksono Herbuwono.