awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia Sport Challenge 2019 ganti Hari Sukan Negara

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
21/08/2019
10:42 MYT
Malaysia Sport Challenge 2019 ganti Hari Sukan Negara
Steven Sim Chee Keong berkata, MySC19 akan dilaksanakan selama 31 hari berbanding tempoh sehari dilaksanakan Hari Sukan Negara. - Bernama
Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan Malaysia Sport Challenge 2019 (MySC’19) sepanjang bulan Oktober ini yang merupakan kesinambungan daripada Hari Sukan Negara sebelum ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong berkata, MySC’19 akan dilaksanakan selama 31 hari berbanding tempoh sehari dilaksanakan Hari Sukan Negara.
“Ini merupakan satu kesinambungan dari Hari Sukan Negara. Dahulu, Hari Sukan Negara merupakan program sehari di ibu kota. Namun kini kita ingin memperluaskan lagi capaian kepada misi atau objektif Hari Sukan Negara. Maka kita perluaskannya melalui program yang dipanggil Malaysia Sport Challenge,” katanya kepada media selepas Majlis Hi-Tea bersama penganjur berpotensi bagi pelaksanaan MySC’19 di Kuala Lumpur Sport City (KLSC) di sini pada Rabu.
Pada masa sama, penjenamaan semula Hari Sukan Negara dalam usaha membawa sukan negara ke pasaran antarabangsa.
“Saya rasa penjenamaan ini adalah untuk meningkatkan lagi prestij di kalangan penggiat sukan bukan sahaja sektor tempatan, tetapi juga antarabangsa.
“Kita ada banyak juga jenama sukan antarabangsa yang mempunyai pasaran di sini dan kita ingin menarik perhatian setta penyertaan mereka dalam aspek ini,” ujar beliau.
MySC’19 akan dilaksanakan di semua peringkat iaitu bermula di peringkat daerah sehingga ke pusat.
“Kita juga menggalakkan NGO, dan syarikat korporat untuk mengambil bahagian bukan sahaja dalam menyumbangkan dana, tetapi juga penyertaan dalam sukan secara besar-besaran dan kita nak libatkan semua orang. Kita nak rakan strategik kita turut sama menganjurkan aktiviti mereka sendiri untuk ahli mereka dan masyarakat setempat,” tambahnya.
Majlis Pra-Pelancaran MySC’19 akan diadakan pada 14 September 2019 dan pelancaran dijangka pada 1 Oktober ini.
Ia mensasarkan seramai 5 juta penyertaan dengan melibatkan semua golongan termasuk warga emas, belia, Orang Kurang Upaya (OKU) dan wanita.
Topic Berkaitan
#Belia
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#Media
#menteri
#MySC19
#OKU
#sukan
#wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan