awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tapak ujian klinikal yang unggul - KSU Kementerian Kesihatan

Bernama
Bernama
19/12/2019
23:30 MYT
Malaysia tapak ujian klinikal yang unggul - KSU Kementerian Kesihatan
Secara perbandingan, katanya bagi satu juta penduduk di negara ini hanya terdapat lapan ujian klinikal manakala di Amerika Syarikat terdapat lebih 400 ujian klinikal bagi sejuta penduduk. - Foto: Freepik.com / jakkphoto
Malaysia merupakan tapak ujian klinikal yang unggul berikutan ia mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang mencukupi dan efisien serta sekumpulan profesional perubatan berkelayakan tinggi, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.
Beliau berkata tempoh masa permulaan ujian yang konsisten, kos ujian kompetitif dan komitmen daripada kerajaan dalam memastikan ujian klinikal yang berkualiti dan berintegriti di negara ini turut menjadi antara faktor penyumbang.
Lagipun, populasi pelbagai kaum di Malaysia yang mempunyai pelbagai variasi ''genome'' juga merupakan satu daripada kelebihan bagi ujian klinikal, katanya.
"Menggalakkan ekosistem ujian klinikal kukuh di peringkat kebangsaan menyumbang kepada perpindahan pengetahuan dan teknologi, mewujudkan kerja baharu dalam penyelidikan klinikal, memacu inovasi tempatan, mencegah aliran keluar pelaburan dan menggerakkan negara ke peringkat lebih tinggi dalam rantaian nilai penyelidikan klinikal.
"Selain itu, ia menyediakan wadah kepada kerajaan untuk memperluas sumber penjagaan kesihatan untuk memasukkan lebih banyak pesakit dan ubat-ubatan khususnya dalam kepakaran yang membabitkan kos rawatan tinggi seperti onkologi dan penyakit jarang ditemui," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Siri Fotografi 'I AM AWARE' oleh Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), di sini, pada Khamis.
Chen berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan kesedaran berhubung ujian klinikal berikutan kadarnya agak rendah di Malaysia berbanding Amerika Syarikat.
Secara perbandingan, katanya bagi satu juta penduduk di negara ini hanya terdapat lapan ujian klinikal manakala di Amerika Syarikat terdapat lebih 400 ujian klinikal bagi sejuta penduduk.
Beliau berkata ujian klinikal amat penting bagi kemajuan sains perubatan dan merupakan laluan kepada modaliti rawatan lebih baik.
Chen berkata pesakit yang melakukan ujian klinikal akan menerima rawatan baharu atau rawatan terbaik berbanding rawatan konvensional.
"Terutamanya dalam bidang rawatan kanser, ujian klinikal telah terbukti dapat menawarkan rawatan kanser paling berkesan yang terdapat ketika ini,"katanya.
Oleh itu, katanya kesedaran mengenai ujian klinikal perlu dipergiatkan lagi di negara ini menerusi pelbagai kempen I AM AWARE oleh CRM yang menampilkan peserta berkongsi pengetahuan dan perjalanan mereka sebelum dan selepas menjalani ujian klinikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kemudahan kesihatan
#Malaysia
#medikal
#perubatan
#profesional perubatan
#rawatan kesihatan
#ujian klinikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan