awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia teruskan bantuan dan sumbangan untuk rakyat Palestin

Bernama
Bernama
12/05/2019
23:22 MYT
Malaysia teruskan bantuan dan sumbangan untuk rakyat Palestin
Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia akan meneruskan bantuan dan sumbangan untuk umat Islam di Palestin yang terjejas dalam serangan rejim Zionis Israel di Gaza sejak awal bulan ini.
Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata awal tahun ini Kerajaan Malaysia telah menghantar bantuan peralatan perubatan bernilai RM1.5 juta ke hospital-hospital di Gaza.
"Kita memang selalu bagi bantuan melalui pertubuhan bukan kerajaan dan melalui tabung kemanusiaan. Kita akan berhubung dengan Kedutaan Palestin di Malaysia dan sekiranya perlu sumbangan, insya-Allah kita akan salurkan kepada mereka.
Bantuan peralatan perubatan adalah satu daripada sumbangan terbesar kita. Kita juga cuba untuk memberi bantuan dari segi peralatan kepada sekolah-sekolah di sana, ini yang sedang kita giatkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pulau Pinang, di sini malam tadi.
Marzuki berkata kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu itu terutama ketika umat Islam di Palestin sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan.
"Memang kita mengecam sama sekali serangan tersebut terutama di dalam bulan Ramadan tetapi Israel menggiatkan usaha mereka untuk menghancurkan Palestin.
Ini adalah satu daripada usaha yang mana kita rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang Palestin mengecam sekejam-kejamnya perkara yang dilakukan Israel (ke atas Palestin)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gaza
#Marzuki Yahya
#Palestin
#serangan rejim Zionis
#Timbalan Menteri Luar
#Umat Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan