awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malaysia tetap dengan pendirian berhubung LGBT - Marzuki

Bernama
Bernama
14/05/2019
22:30 MYT
Malaysia tetap dengan pendirian berhubung LGBT - Marzuki
Ditanya sama ada Malaysia menyokong hukuman rejam sampai mati di bawah undang-undang anti-LGBT, Marzuki berkata tidak sama sekali. - Gambar fail
Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tetap kekal dengan pendiriannya berhubung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.
"Kita berpendirian sebagai negara yang berpegang kepada prinsip-prinsip Perlembagaan, Raja-Raja dan agama Islam sebagai agama rasmi, maka perkara-perkara yang menyalahi agama sudah pasti kita akan tolak.
"Kita kena pegang kepada prinsip kita sebagai sebuah negara yang berdaulat dan negara Islam," kata Marzuki kepada pemberita ketika menghadiri Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di sini pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan pelakon Hollywood, George Clooney yang dilaporkan memberi amaran kepada Malaysia dan Indonesia berhubung pelaksanaan undang-undang anti-LGBT sebagaimana di Brunei.
Awal bulan lepas media melaporkan negara Brunei memutuskan bahawa di bawah peruntukan undang-undang baharu, penalti bagi pelaku zina dan homoseksual dari kalangan orang Islam di negara itu yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman direjam dengan batu sampai mati.
Bagaimanapun 5 Mei lepas Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelanjutan moratorium, atau penangguhan, terhadap hukuman mati susulan kritikan global, termasuk dari kalangan selebriti seperti Clooney dan Elton John.
Ditanya sama ada Malaysia menyokong hukuman rejam sampai mati di bawah undang-undang anti-LGBT, Marzuki berkata tidak sama sekali.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran
#Brunei
#direjam dengan batu
#george clooney
#Hollywood
#Indonesia
#LGBT
#Malaysia
#Marzuki Yahya
#negara Islam
#Rejam sampai mati
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan