MALAYSIA
Malaysia tetap layan PATI dengan baik walaupun masuk secara haram - Ismail Sabri

Ismail Sabri berkata kerajaan tidak ambil kesempatan untuk menyerbu lokasi PKPD dan menangkap pendatang asing tanpa izin. - Gambar fail
Malaysia tetap melayan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan berperikemanusiaan walaupun mereka bekerja dan tinggal di negara ini secara haram.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, segala tuduhan negatif terhadap kerajaan membabitkan pengendalian PATI adalah tidak adil.
Beliau berkata, kerajaan melalui jabatan serta agensi penguatkuasaan juga tidak mengambil kesempatan untuk menyerbu lokasi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan menangkap mereka.
“Layanan yang baik diberikan kepada PATI dan ini dapat dilihat menerusi saringan COVID-19 sebanyak dua kali sehingga mereka disahkan negatif. Mereka kemudian dihantar ke depoh tahanan.
“Jika mereka didapati negatif, kami berbincang dengan negara asal untuk mengambil rakyat mereka pulang ke tanah air masing-masing.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia mencemuh pekerja asing.
"Kita sudah dikira baik. Jadi tak payahlah ada dalam kalangan pemimpin politik atau pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil kesempatan ini untuk jadi 'hero' kepada PATI," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami