Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Malaysia tidak guna Crypto AG untuk maklumat rahsia

Malaysia tidak guna Crypto AG untuk maklumat rahsia
Muhyiddin berkata kawalan kerahsiaan terhadap penyaluran maklumat sentiasa dilaksanakan pada setiap masa. - Astro AWANI / Shahir Omar
IPOH: Malaysia tidak menggunakan alat pengekodan Crypto AG untuk menyalurkan maklumat rahsia, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata kawalan kerahsiaan terhadap penyaluran maklumat sentiasa dilaksanakan pada setiap masa bagi memastikan ia tidak terlepas kepada mana-mana pihak di luar daripada agensi berkaitan.

"Maklumat itu tak boleh keluar, kita kawal rahsia. Bukan sahaja Malaysia tapi banyak negara terlibat (menggunakan Crypto AG) .

"Ada langkah tertentu kita ambil untuk tentukan tiada data penting (terlepas kepada) siapa luar batas agensi. Kawalan kerahsiaan akan terus kita laksanakan dan saya diberitahu ini (penggunaan Crypto AG) bukan baharu, dah lama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun RELA ke-48 Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 di Stadium Indera Mulia di sini, pada Sabtu.
Beliau mengulas pendedahan Washington Post pada 11 Feb yang menyatakan bahawa Malaysia antara 120 negara menggunakan alat pengekodan dari sebuah syarikat Switzerland bagi menghantar kod komunikasi sulit antara pegawai kerajaan sejak sekian lama.

Menurut laporan tersebut, syarikat Switzerland itu dimiliki secara rahsia oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) dan Perkhidmatan Perisikan Jerman (BND).
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata penggunaan Crypto AG oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk komunikasi operasi jangka pendek dan bukannya untuk perkara 'hiper sensitive'.

"Untuk operasi terhad kita gunakan teknologi itu, kita bukan guna untuk operasi jangka panjang atau untuk kita salurkan maklumat berperingkat," katanya.

-- BERNAMA


Tag: Muhyiddin Yassin, PDRM, kerajaan, Polis Diraja Malaysia, Crypto AG, maklumat, rahsia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.