awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malindo Air gantung dua lagi penerbangan ke, dari China

Bernama
Bernama
03/02/2020
03:30 MYT
Malindo Air gantung dua lagi penerbangan ke, dari China
Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada penumpang menerusi laman sesawang Malindo Air. - Gambar fail
Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan Novel Koronavirus 2019 di Wuhan, China.
Menurut kenyataan Malindo Air hari ini, penerbangan itu adalah bagi laluan Kota Kinabalu - Tianjin - Kota Kinabalu berkuat kuasa bagi tempoh sementara iaitu 1-29 Feb, 2020 dan Johor Bahru - Guangzhou - Johor Baru berkuat kuasa 11-29, Feb, 2020.
Syarikat penerbangan itu sebelum ini mengumumkan penggantungan sementara perkhidmatan tiga kali seminggu antara Kota Kinabalu dan Wuhan berkuat kuasa 24 Jan, 2020 sehingga makluman selanjutnya.
Malindo Air mengendalikan tiga penerbangan mingguan antara Kota Kinabalu dan Tianjin dan tiga lagi penerbangan mingguan antara Johor Bahru dan Guangzhou.
"Penumpang yang mempunyai tempahan sah bagi perjalanan antara Kota Kinabalu dan Tianjin serta bagi laluan Johor Bahru dan Guangzhou boleh menghubungi kami di nombor +603-78415388 atau mengunjungi pejabat tiket bagi bantuan lanjut.
"Malindo Air juga akan terus memantau situasi di China kerana keselamatan penumpang dan pekerja sememangnya menjadi keutamaan kami," katanya.
Syarikat penerbangan akan turut memaklumkan sebarang perkembangan kepada penumpang menerusi laman sesawang Malindo Air.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Johor Bahru
#keselamatan
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#Malaysia
#Malindo Air
#penerbangan
#penggantungan sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan