awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
Wanita pertama ketuai Institusi Hadiah Nobel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manfaatkan kekuatan Islam untuk runtuhkan fahaman perkauman sempit

Bernama
Bernama
10/10/2019
22:25 MYT
Manfaatkan kekuatan Islam untuk runtuhkan fahaman perkauman sempit
Anwar berkata, Islam melenyapkan prinsip perkauman yang sempit dan menekankan prinsip kemanusiaan. Foto Facebook Institut Darul Ehsan
Umat Islam negara ini perlu ke hadapan dalam memecahkan benteng perkauman bagi membina sebuah negara yang adil dah saksama.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, umat Islam perlu sedar bahawa kekuatan sebenar Islam itu adalah keupayaannya memecahkan tembok perkauman yang sempit dan menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.
"Islam melenyapkan prinsip perkauman yang sempit dan menekankan prinsip kemanusiaan," katanya ketika menyampaikan pidato di Seminar Nasional Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai, di sini pada Jumaat.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menangkis tanggapan bahawa orang Islam tidak boleh melantik bukan Islam sebagai pemimpin atau berkawan rapat.
Menyorot sejarah penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah, Anwar berkata semasa penghijrahan itu terdapat seorang yang bukan beragama Islam turut membantu Nabi Muhammad dalam penghijrahan berkenaan.
"Jika Islam melarang orang Islam rapat dengan bukan Islam bagaimana Rasulullah boleh menerima bantuan seorang yang bukan Islam dalam antara peristiwa terbesar umat Islam itu sehingga ia diangkat menjadi tarikh permulaan tahun Islam," katanya.
Di seminar berkenaan juga Anwar turut menepis tanggapan bahawa beliau seorang yang bersikap liberal dan tidak mempunyai jiwa Melayu.
Katanya, beliau adalah seorang berjiwa Melayu tetapi memegang prinsip untuk membantu rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
"Saya tidak liberal, saya Melayu cuma saya bantu tolong setiap anak-anak yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#adil
#Anwar Ibrahim
#Islam
#perkauman
#Presiden PKR
#saksama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan