awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perintis hak asasi AS Claudette Colvin meninggal dunia
MAHB perkenal Rimba sebagai usaha penambahbaikan berterusan di KLIA
USANITA rintis fesyen sopan halal di Turkiye, sokong Tahun Melawat Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Manfaatkan kepakaran teknologi pemain industri gas dan minyak di Jepun

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
01/12/2019
02:57 MYT
Manfaatkan kepakaran teknologi pemain industri gas dan minyak di Jepun
Harun berkata, dasar memudahkan pemberian kelulusan kepada syarikat pelabur yang kini diamalkan kerajaan negeri dijangka memberi satu platform terbaik kepada pembangunan industri itu tidak lama lagi. - Astro AWANI
Kepakaran teknologi pemain industri gas dan minyak mentah di Jepun harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi memberikan impak positif kepada pembangunan sektor itu di Sabah.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan tiga syarikat industri di Jepun untuk menghasilkan usahasama pelaburan dalam penggunaan gas dan tenaga.
Beliau berkata, anggaran pelaburan itu dijangka mencecah ratusan juta ringgit.
"Kita berharap dapat lebih banyak padanan perniagaan di Nagoya dan Tokyo.
"Kalau boleh kita mahu bawa syarikat-syarikat Jepun yang berasaskan tenaga dan penggunaan gas dan sebagainya, untuk menubuhkan kilang-kilang dan juga loji-loji mereka di Sabah, untuk memberikan peluang bekerja di Sabah," katanya kepada media di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut, Harun berkata, dasar memudahkan pemberian kelulusan kepada syarikat pelabur yang kini diamalkan kerajaan negeri dijangka memberi satu platform terbaik kepada pembangunan industri itu tidak lama lagi.
Jelasnya lagi, Sabah merupakan negeri berpotensi sebagai 'lubuk' dalam industri itu, terutamanya kepada pihak Jepun, berdasarkan prestasi penghasilan jumlah gas kedua terbesar di Malaysia.
Malah, Sabah Energy Corporation juga merekodkan, negeri itu menghasilkan lebih 50 peratus daripada minyak mentah yang dihasilkan seluruh negara.
"Kita ada tiga atau empat tempat yang amat sesuai untuk industri tenaga ini. Salah satunya di Kota Kinabalu, ataupun di Sipitang.
"Gas ada di Sipitang, di Lahad Datu, dan kalau tenaga boleh ubah, paling sesuai di pantai timur, seperti Tawau dan Semporna," katanya.
Topic Berkaitan
#Harun Ismail
#Jepun
#kilang
#Kota Kinabalu
#Lahad Datu
#loji
#minyak
#pelaburan
#pemain industri
#Sabah
#Sabah Energy Corporation
#Semporna
#tenaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan