awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB manifestasi keadilan, bukan kemenangan politik - ABIM
Krisis politik Perlis: Tiada arahan SD, Bersatu hanya serah nama setelah dititah istana - Muhyiddin
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/10/2018
01:19 MYT
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat
SERAMAI 550 mangsa daripada 167 keluarga di tiga daerah di negeri ini dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir. - Astro AWANI/Adie Sufian Zulkefli
Hujan lebat sejak awal pagi ini mengakibatkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus bertambah kepada 550 orang daripada 167 keluarga yang ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 7 pagi tadi.
Jumlah berkenaan meningkat berbanding seramai 501 orang daripada 151 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS pada pukul 6 petang semalam.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Imran Azemi berkata, sebanyak empat PPS dibuka di Kota Setar, lima di Baling dan satu di Kubang Pasu.
Beliau berkata, 289 mangsa daripada 95 keluarga di Kota Setar ditempatkan di PPS Surau Al-Syakirin, Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung, Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti.
Di Baling pula, 184 mangsa daripada 51 keluarga ditempatkan di lima PPS iaitu Dewan Risda Kampung Tanjung Pari, Dewan Orang Ramai Keda Batu 8, Dewan Kampung Weng Luar, Kampung Banggol Derom dan Dewan Batu 60.
"Di Kubang Pasu, hanya sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di PPK Lubuk Batu membabitkan seramai 77 mangsa daripada 21 keluarga," katanya.
Topic Berkaitan
#Baling
#banjir
#bertambah
#Imran Azemi
#Kedah
#Kota Setar
#Kubang Pasu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan